fbpx

5 Cara Membunuh Serangan Pepijat Tilam Di Rumah Anda

Bagaimana menghapuskan pepijat tilam di rumah

0 1,183

Pernah dengar, “5 tahun pertama perkahwinan adalah fasa ujian. Siapa dapat melepasi 5 tahun pertama itu, biasanya hubungan berpanjangan.”

Tapi siapa sangka musuh utama yang hadir pada tahun ke-5 itu adalah si PEPIJAT tilam di rumah anda.

Bayangkan tilam dah bertahun guna tapi tak pernah pun kita cuci atau jemur. Sekadar tukar cadar saja.

Pepijat ini musuh paling senyap, macam ninja. Dia beranak bertahun di tilam rumah, tiada siapa tahu.

Bila kena gigit pepijat ini, badan gatal-gatal tapi kita tak tahu punca. Kita sangkakan alahan, rupanya dah berhari-hari kena gigit pepijat.

Geli dan menakutkan.

Dua perkataan ini sinonim dengan pepijat dan serangannya. Yang pernah mengalaminya pasti trauma. Pengalaman yang apabila ditanya, sampai bila-bila pun tak mahu dirasai.

Pepijat atau nama saintifiknya cimex lectularius adalah serangga parasit yang hidup dengan darah manusia sebagai sumber makanan. Ia hanya keluar dan menyerang pada waktu malam.

Serangga ini sangat kental, boleh hidup berbulan-bulan tanpa makanan dan jangka hayatnya adalah 300 hari. Lebih menakutkan, pepijat betina boleh bertelur sehingga 500 biji setahun. Geli!

Bayangkan jika ada serangga super liat macam ni ada di rumah anda. Oh, tentu tak ada sesiapa pun yang mahukannya.

Bagaimana pepijat tilam merayap ini boleh sampai ke katil anda?

Mustahil ia muncul macam magis di tilam anda. Salah satu cara migrasi pepijat adalah melalui kenderaan awam.

Kadang-kadang anda duduk atau menginap di sesuatu kawasan yang ada pepijat. Contohnya tilam di tempat penginapan yang sudah lama tidak dibersihkan. Dari situ, telur pepijat akan melekat pada fabrik pakaian pakaian anda.

Apabila menaiki kenderaan awam, anda pula menjadi agen pembawa yang memindahkan telur pepijat pada kerusi kenderaan awam. Dengan cara yang sama, anda bawa ia balik ke rumah.

Apabila serangan berlaku, apa simptom dan kesan yang akan anda hadapi?

gigitan pepijat tilam

1. Gigitan yang sangat gatal.

Dahsyatnya pepijat tilam ini, ia mempunyai ‘anestetik’ sendiri sewaktu menghisap darah manusia. Ia buat anda tak sedar apabila sedang digigit. Selepas beberapa ketika, barulah anda akan rasa gatal-gatal yang bukan sedikit. Maka tergaru-garulah kita di sana sini.

2. Kurang darah.

Apabila saban malam digigit oleh berpuluh-puluh ekor pepijat dan kita pula tidak tahu itu adalah punca segala rasa gatal-gatal yang berlaku, kemungkinan situasi kurang darah akan berlaku. Waktu ini mulalah datang masalah kesihatan lain seperti sakit kepala, muka pucat dan lemah.

3. Tidur malam terganggu.

Rasa gatal dan sakit menyebabkan trauma dan tidur kita pastilah tidak akan lena lagi. Kita akan lebih kerap terjaga sehingga akhirnya diserang sakit kepala dan mudah jatuh sakit akibat tidak cukup rehat.

4. Gangguan emosi, kulit penuh bintik merah.

Akibat kurang tidur dan masalah gatal-gatal juga, emosi akan lebih mudah terganggu. Kulit yang dipenuhi bintik merah ini juga akan membengkak dan kesakitan itu membuatkan kita semakin beremosi.

Jika tidak tahu puncanya adalah pepijat tilam, doktor hanya akan beranggapan kita ada masalah kulit atau alahan dan sebagainya.

Bagaimana anda boleh elakkan pepijat tilam ini membiak di rumah?

Satu cara yang penting adalah menjaga kebersihan tempat yang paling mudah menjadi sasaran pepijat, iaitu katil.

1. Bersihkan bilik dan kawasan sekitar katil

Rumah dan bilik tidur yang bersih adalah penting bagi mengelakkan jangkitan penyakit. Bersihkan kawasan sekeliling dan di bawah katil.

Segala habuk dan sampah yang ada, sapu dan buang. Paling penting, jaga kebersihan tempat tidur bagi mengelakkan serangan serangga seperti pepijat.

2. Tukar sarung bantal secara kerap

Secara purata, kita mengeluarkan 100 liter peluh setahun dan 10 gram kulit mati sehari. Ditambah lagi dengan rambut yang gugur setiap hari.

Atas sebab ini, sarung bantal perlu kerap ditukar dan dibasuh bagi mencuci peluh, rambut dan kulit yang melekat ketika kita tidur.

3. Cuci atau hantar bantal ke dobi

Salah satu cara yang biasa dilakukan adalah menjemur bantal di tengah panas.

Disarankan supaya cuci bantal atau hantar ke dobi untuk cucian yang lebih bersih selain membasmi kuman. Pada masa yang sama, bantal yang bersih membantu kita untuk tidur lebih lena.

4. Basuh cadar selalu

Selain sarung bantal, cadar juga perlu ditukar sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu. Sebaiknya gunakan cucian panas bagi membunuh kuman dan bakteria yang ada pada cadar kita.

5. Tukar baju tidur setiap dua hari

Seperti cadar, baju tidur juga perlu ditukar setiap dua hari. Tujuannya adalah mengelakkan peluh dan kotoran lain melekat pada cadar dan sarung bantal.

Tidak berguna jika kita mengganti cadar dan sarung bantal tetapi memilih mahu menyarung baju tidur yang sama berhari-hari lamanya.

Semua tip mudah ini boleh dilakukan sendiri. Sama-sama kita ambil peranan dalam usaha mengelakkan serangan pepijat tilam daripada berlaku.


Paling mudah sebenarnya beli sahaja pakej tilam yang ada servis cuci setiap 4 bulan sekali selama 5 tahun. Nak tahu tilam apa siap ada servis?

Tilam Coway.

Leave A Reply

Your email address will not be published.