Tips Gaya Hidup Sihat – AMST

0 156

Anda mahu menukar kepada gaya hidup yang sihat untuk dijadikan satu amalan yang konsisten?

Ada 4 elemen penting yang menjadi nadi kepada amalan gaya hidup yang sihat iaitu

– Air, Makan, Senam dan Tidur, ringkasnya (AMST)

A – AIR

Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Minum air kosong bukan sahaja membantu untuk menghilangkan dehidrasi dalam badan, tetapi ia adalah salah satu cara yang paling efektif dalam mencantikkan kulit dan menurunkan berat badan.

Tak percaya?. Mulakan daripada hari ini sehingga 30 hari. Hasilnya, sudah pasti menajubkan. Apapun untuk mengecapi tabiat berterusan, anda haruslah maklumkan kepada keluarga ,sahabat atau rakan sekerja akan misi anda-“untuk minum air bersih setiap hari” , agar mereka sama memantau dan memberi semangat yang padu.

Masih Ragu2? sila tulis di paparan Facebook atau Instagram anda

Saya akan minum air bersih  1 liter selama 30 hari bermula hari ini.

M – MAKAN

Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan seimbang adalah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan badan ­kerana kita memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan berterusan.

S – SENAM

Ramai pakar kesihatan melihat senaman sebagai ubat paling mujarab untuk merawat, mengawal dan menguruskan penyakit. Senaman itu perlu dilakukan sekerap mungkin, sebaiknya setiap hari, bukannya sekali seminggu. Pakar kesihatan menyarankan kita untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

T – TIDUR

Pastikan tidur anda benar benar berkualiti. Tidur yang berkualiti memberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya. Tidur yang mencukupi dan membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari.

Leave A Reply

Your email address will not be published.