8 Tips Untuk Cantik Luar Dalam Supaya Suami Kekal Sayang

Mengapa perlu ada amalan untuk suami atau pasangan tetap sayang?

0 2,099

Semoga semua pembaca sekalian dalam keadaan sihat sejahtera

Kali ini dikongsikan ilmu untuk kemajuan semua pasangan berdasarkan pengalaman Kak Noreen.

Sedar atau tidak, bilamana terlintas di fikiran atau sebut perkataan ‘CANTIK’ untuk seorang wanita, perkara pertama yang terlintas di fikiran mereka adalah bentuk tubuh badan. Ini statistik daripada 7 Ribu klien coway Kak Noreen.

Eh mengapa ini berlaku? , Takkan tubuh badan ramping macam kerengga saja boleh di anggap cantik? Tolong! .Ubah sikit cara pemikiran tu. Jangan mudah buat andaian, kerana orang yang berisi pun boleh nampak lawa tau. Comel sangat.

Seperkara lagi, cantik ini janganlah di bayangkan pada perkara yang zahir saja semata-mata. Cantik ini sebenarnya sangat universal. Untuk wanita sekalipun, cantik boleh di timbang pada ciri nilai dalaman juga. Manis tersenyum, lembut berbicara, ayu bertudung dan sopan terduduk bersimpuh adalah antara ciri ‘cantik’ yang sangat manis di pandangan mata. 

Sejuk mata memandang hinggakan suami terus jatuh sayang tanpa ada sempadan.

Namun tidak juga dinafikan, wanita moden berkerjaya, menpunyai cabaran yang berat dan perlu usaha lebih untuk mendapatkan misi kecantikan sejati luar dan dalaman.

Tapi Kak Noreen percaya jika anda benar-benar mahu berusaha bersama, berkat doa pada Allah SWT, InshaAllah segalanya akan dipermudahkan.

8 Tips Power Bagaimana Untuk Miliki Ciri Cantik Luar Dan Dalam

8 tips paling utama bagaimana untuk menampilkan ciri-ciri cantik luar dan dalam ini adalah sesuai utk peringkat remaja kepada alam perkahwinan.

 Berdasarkan pengalaman  selama bergelar seorang isteri, inilah antara tips yang Kak Noreen rasakan sangat penting untuk kita para isteri praktikkan dalam usaha menjadi cantik di luar dan dalaman ini. 

Setidak-tidaknya ia dapat digunakan untuk terus mengikat kasih suami pada diri kita selalu.

#1 - Jaga Pemakanan Selalu

Kebanyakan cara cantik sekarang ialah dengan penggunaan produk yang baik berasaskan semulajadi. Tidak dinafikan memang ada banyak produk begini namun diri sendiri patut juga amalkan makanan yang seimbang selalu. Jaga pemakanan dengan baik adalah kunci asas untuk cantik! Kerana itu di dalam Islam ada mengatakan yang penyakit ini datangnya adalah dari perut.

Jika kita tidak menjaga pemakanan dengan hanya tahu melantak apa saja maka tak mustahil penyakit boleh datang pada bila-bila masa. Bila sakit, bagaimana nak kekal cantik kan? Bila sakit juga mulalah segalanya jadi berantakan. Mana nak hantar danambil anak dari sekolah, masak, basuh, argh tension!

#2 - Tidur Lena Yang Cukup Bagus Untuk Tubuh

Allah SWT dengan sengaja menciptakan siang dan malam. Siang ini penuh dengan cahaya untuk bantu kita bergerak dalam mencari rezeki dan sebagainya. Malam pula Allah SWT dengan sengaja kurangkan jumlah cahaya sebagai peringatan untuk kita berehat setelah sepanjang hari bersusah payah dan berpenat lelah.

Maka gunakanlah tetapan yang telah Allah SWT bantu sediakan ini. Tidurlah dalam jumlah 8 jam sehari, atau paling kurang pun 6 jam. Barulah tubuh kekal sihat, fikiran kekal rasional dan kecantikan semakin menyerlah. Ini tidak, mata yang Allah kasi dalam bentuk cantik dah jadi macam mata panda gara-gara tak cukup tidur lena. 

Bayangkan juga apa perasaan bila dapat tidur lena di atas tilam sendiri yang empuk! Bukankah seronok tu?.  Jom tidur awal.

#3 - Pakai Pembersih Wanita Dari Bahan Alami

Aset peribadi wanita perlu di jaga selalu. Ini juga salah satu perkara yang termasuk dalam sifat cantik untuk seorang wanita. Cara paling bagus adalah dengan menggunakan pembersih wanita dari bahan alami dengan status Halal dan suci untuk di bawa solat. Produk berasaskan daun sireh, kacip fatimah, manjakani dan sebagainya sangat banyak di pasaran. Pilih saja mana yang dirasakan paling okay dan wangi mengikut citarasa masing-masing.

#4 - Amalkan Senaman Seperti Yoga Untuk Terus Kekal Sihat

Apabila telah menjaga pemakanan, lena juga cukup serta kebersihan diri telah pandai di jaga, nah sekarang cuba pula amalkan sedikit senaman sebagai rutin. Mulakan dengan seminggu sekali kemudian boleh lakukan dengan semakin kerap. Antaranya Senaman asas yoga juga baik kerana ia tidak memerlukan pergerakan yang terlalu ekstrem dan ianya juga sangat mudah untuk dilakukan di rumah. pendek kata asal senaman yang konsisten

Jika tak ada ilmu berkaitan senaman yoga ini anda boleh dapatkan panduan dalam bentuk video dari Youtube, Blog dan sebagainya.

#5 - Pakai Pakaian Yang Menutup Aurat Dengan Baik

Menghabiskan masa berjam-jam di hadapan cermin untuk kelihatan cantik itu sudah menjadi lumrah pada mana-mana wanita. Tetapi pastikan belek sekali pada pakaian yang dikenakan. Adakah ianya longgar dan tidak ketat hingga menampakkan susuk bentuk tubuh ataupun ianya longgar sesuai dengan syarak. Adakah juga pakaian tersebut jarang hingga menampakkan warna kulit atau ianya sederhana tebal dengan menutup apa yang sepatutnya.

Berpakaian menutup aurat dengan baik begini bukan saja dapat menghindari diri dari sifat tercela tetapi juga boleh mendapat pahala. Lagipun bahaya tau sebabnya zaman sekarang ni di tangan semua orang ada ‘camera’ yang boleh bertindak sebagai paparazzi tak berbayar. Maka bertindak bijaklah dari menjadi mangsa keadaan yang boleh membawa kepada benda yang memalukan.

#6 - Kawal Tutur Kata Dari Sebarang Bahasa Kasar dan Kesat

Kata-kata boleh mengambarkan sikap seseorang. Bukan setakat kata-kata secara lisan yang disebut secara terus pada sesiapa malah dalam bentuk tulisan sebagaimana yang Kak Noreen sedang lakukan sekarang ini juga. Memang patutlah kata-kata ini di anggap tak ubah seperti mata pedang kerana hakikatnya ia benar-benar boleh membuatkan seseorang merasa kecil hati, marah, sedih dan sebagainya.

Kerana itu jika ingin kelihatan cantik luar dan dalam, mahu meraih perhatian sesiapa sahaja teruatam suami untuk kelihatan cantik semulajadi, ucapkanlah ayat yang baik-baik. Fikir dulu sebelum menutur kata. Takut nanti akan ada yang terasa tanpa kita sedar. Elakkan juga sifat terkutuk mengumpat mengata. Tak perlulah menyandang gelaran ‘makcik bawang’ kerana ianya hanya akan mendatangkan perkara negatif daripada positif.

#7 - Amalkan Sikap Suka Minum Air Bersih Dengan Banyak

Percaya ataupun tidak, salah satu petua cantik semulajadi adalah dengan meminum banyak air bersih. Ya air bersih. Amalan suka minum air bersih ini sebenarnya sangat berkesan dan lebih semulajadi untuk membantu buang bahan toksin dalam badan.
Malah air putih atau air tapis ini juga dikatakan boleh membantu menghilangkan racun di tubuh.

Caranya adalah dengan minum lapan gelas sehari dan InshaAllah air bersih yang di minum ini, boleh bantu singkirkannya melalui peluh dan air kencing yang dikeluarkan. 

Paling bagus jika dapat minum air yang bukan hanya bersih tapi ada kualiti dengan tambahan ciri-ciri bagus yang lain. contoh nya Air bersih daripada Coway yaa.

#8 - Amalkan Sikap Positif Dan Buang Aura Negatif Dari Diri

Mempunyai aura yang positif bukan hanya dapat membuatkan diri sendiri berasa tenang dan gembira malah aura positif ini turut dapat ditempiaskan pada orang lain di sekeliling kita. 

Bila kita rajin tersenyum dan sentiasa positif dengan rasa penuh kasih dan percaya pada suami barulah suami juga dapat merasa perkara yang sama Silap haribulan suami akan sentiasa berasa rindu akan senyuman dan layanan baik isteri hinggakan hari-hari ingin segera balik cepat ke rumah. 

Bila ini berlaku siapa yang paling untung jika bukan diri si isteri itu sendiri. Barulah suasana dalam rumahtangga juga akan menjadi semakin gembira dan harmoni.

 

Masih Ramai Suami Kasih Pada Isteri Bukan Kerana Faktor Fizikal Semata

Selaku seorang isteri suka untuk Kak Noreen nasihatkan pada semua wanita lain di luar sana agar jangan mudah buruk sangka pada suami sendiri. Jika ternampak suami adakerja di luar tu janganlah cepat sangat berfikir yang bukan-bukan. Macam Kak Noreen sendiri, berada di dalam sektor jualan langsung memang ada banyak cabaran tetapi terus terang itulah antara ujian yang perlu Kak Noreen lalui suami isteri untuk kehidupan yang lebih baik

Kasih seorang suami ini bukan kerana fizikal semata. Mereka para suami sebenarnya sama saja seperti kita yang sanggup menerima pasangan seadanya. Saat lafazkan akad dan nikah itu adalah seumpama sebuah janji untuk saling melengkapi. Namun begitu, jangan pula kita culas dalam menjaga kecantikan diri ni. Kata sayang suami jadi jika betul-betul sayang kekalkanlah kecantikan di zaman anak dara tu hingga sekarang. Barulah suami makin bertambah cinta, bertambah rindu, bertambah kasih dan bertambah cemburu bila lihat isteri sendiri sentiasa cantik ayu jelita luar dan dalam ni.

Nak Cantik Luar? Nak Cantik Dalam? Nak Nampak Sejuk Pada Mata Suami Yang Memandang? Berusahalah Dengan Turut Menjaga Pemakanan Dan Minuman

Rasanya dah panjang lebar Kak Noreen membebel. Cukup dulu di sini dan bila ada masa Kak Noreen sambung membebel pula dengan topik yang lain. Dari jauh Kak Noreen doakan agar hubungan anda dengan suami akan terus kekal utuh sehingga ke jannah. Ingat tau! Cantik luar dan dalam adalah sebuah kecantikan yang sebenar. Tak perlu kisah bentuk tubuh asalkan kita tahu apakah yang paling terbaik untuk diri kita sendiri dan pasangan..

Eh seperkara lagi, jangan tak tahu yang kaum Adam sekarang ni pun dah makin pandai dan sibuk berlumba-lumba untuk amalkan petua kulit licin untuk dapatkan wajah yang lebih sihat dan bersih. Kan tak pasal-pasal isteri kurang jaga kecantikan luar dan dalam, suami pula yang nampak makin hensem dan macho. Haaa siapa pula yang akan risau dan sakit hati nanti? Awas !! =D

Leave A Reply

Your email address will not be published.