fbpx

9 Cara Redakan Demam Anak : Boleh Guna Saat Kecemasan

Mengapa meredakan demam anak dengan pantas amat penting

0 859

#1. Reda Demam : Pantau suhu badan anak.

Situasi yang pastinya mendebarkan bagi semua ibu bapa adalah apabila deman anak menunjukkan simtom meracau lagi lesu.

Jadinya, sebagai ibu-bapa kita harus peka akan perubahan pada anak anda, mereka yang sebelumnya selalu cergas boleh tiba-tiba nampak pucat lesu dan keletihan.

Seterusnya, apa yang perlu anda lakukan, cuba periksa suhu badan anak anda dengan termometer yang terkini. Pastikan termometer ada di rumah, jika tak ada anda masih boleh rasa perbezaaan suhu badan anak anda dengan tangan, Suhu badan yang normal ialah 36.7 darjah celcius. 

Sekiranya, suhu badan anak anda sudah lebih tinggi dari 36.7 itu bermakna anak anda sudah demam cuba kawal suhu badan anak anda, Jika masih terlalu panas dan melebihi 38 darjah celcius, sila ambil inisiatif untuk cepat-cepat bawa berjumpa doktor. Bagi yang belum kritikal boleh cuba tips seterusnya.

#2. Jerlum Air Asam Jawa Atau Lidah Buaya.

Bagi Mengurangkan suhu badan anak bila demam berikut adalah Petua Redakan Demam: 

Orang dulu-dulu yang dijamin berkesan ialah Menjerlum dengan air asam jawa  atau basahkan kepala dengan air asam jawa dapat membantu menurunkan suhu badan dengan cepat, bukan saja air asam jawa, anda boleh jugak gunakan lendir daun lidah buaya dan bunga raya, 

Caranya mudah saja ambil air asam jawa / lidah buaya/ bunga raya ramaskan dalam air suam dan jerlum bahagian kepala beberapa kali mengunakan tuala kecil bila sudah kering, basahkan lagi ulang sampai suhu badan anak anda mula turun,  dan anda boleh basahkan bahagian badan juga jika suhu terlalu tinggi.a

#3. Pakaian Yang Tidak Tebal Ringan & Nipis.

Biasanya bila demam anak-anak akan mudah merasa sejuk dan anda  pun risau dan mula bagi pakai baju sejuk yang tebal, sebenarnya anda silap sepatutnya bila demam anak-anak harus pakai baju yang nipis dan ringan supaya mudah untuk panas itu keluar. Tapi jangan bogelkan pula ye. Lagi satu Jangan bedung atau selimutkan anak yang demam.

#4. Petua Redakan Demam Dengan "Tepid Sponging"

“Tepid Sponging” sebenarnya lebih kurang sama dengan step jerlum anak tadi tapi cara ini selalu di praktikkan di hospital dan anda boleh juga cuba di rumah. Tepid sponging atau lap badan, tapi cuma bezanya ialah mengunakan air suam sahaja, Lap keseluruhan badan anak anda. Basahkan bahagian kepalanya. Utamakan untuk membasahkan bahagian di celah ketiak, bawah leher, celah peha dan tapak kaki. Sebab bahagian ini selalunya suhu sangat tinggi.

#5. Mandian Lemon Untuk Redakan Demam.

Buah lemon sangat terkenal dalam Petua Redakan Demam batuk dan kahak.

Mandian lemon juga sangat bagus untuk membantu menurunkan suhu badan anak yang sedang demam, Caranya:

  1. Penuhkan air dalam baldi dengan air suam.
  2. Potong 1-3 biji lemon dan letakkan di dalam air.
  3. Biarkan lemon terendam di dalam air selama 2 minit
  4. Siap boleh mandikan anak anda.

#6. Pastikan Anak Makan.

Bila demam anak anda pasti tidak lalu untuk makan, jadi Petua Redakan Demam yang seterusnya ialah pastikan anak anda makan untuk elak perut kosong dan masuk angin. Anda boleh cuba masakkan bubur atau makanan-makanan yang lembut dan mudah untuk dihadam supaya anak anda kembali bertenaga.

#7. Pastikan Anak Minum Air Putih  Dengan Secukupnya.

Kalau anak Demam Pastikan anak minum air putih secukupnya untuk mengelakkan anak mengalami kekurangan air ataupun dehidrasi. Air putih sangat bagus untuk meredakan demam, suhu badan yang tinggi  akan menyebabkan badan mudah kekeringan air.     

#8. Pastikan Anak Masih Cergas Walaupun Demam.

Perhatikan anak anda sewaktu dia demam, adakah badannya semakin lemah? Adakah dia menjadi kurang aktif? 

Semasa demam menjadi kebiasaan untuk anak anda kurang aktif tetapi anda perlu pantau jika dia menjadi terlampau lemah dan tidak bermaya itu tanda demamnya semakin teruk.    

#9. Berikan Perhatian dan Kasih Sayang 

Tiada Petua Redakan Demam yang lebih lebih hebat dari kasih sayang seorang ibu atau bapa, sentiasalah di samping anak berikan sokongan.

Pelukan, ciuman, usapan, sentuhan, dan ucapan kasih sayang, sememangnya dapat membantu anak untuk cepat sembuh  dari demam.

Semoga anda memperoleh banyak manfaat daripada tips ini.

Baca Juga khasiat Jus Oren.

Leave A Reply

Your email address will not be published.