Acara Coway : Persembahan Mantap Ella & Dato M. Nasir

Siapa tak minat Ella & Dato M.Nasirkan?

0 735

Perhimpunan maya yang pertama kalinya diadakan telah berlangsung dengan lancar. Dengan tajuk Rise In The New Norm.

Majlis dibuka dengan persembahan hebat dan bertenaga dari Ratu Rock kita Ella. Beberapa lagu popular telah didendangkan terasa seperti berada di konsert sebenar walaupun menontonnya dari rumah.

Afdlin Shauki sebagai pengacara hebat sangat menghiburkan sehinggakan berseloroh untuk membeli setiap produk Coway yang diiklankan sepanjang PKP dilaksanakan.

Ucapan kata-kata semangat dari Coway Managing Director Mr Kyle Choi Ki-Ryong telah menyemarakkan lagi kesungguhan para HP untuk menggapai impian bersama-sama Coway. Beliau turut mengumumkan produk baru akan dilancar pada hari tersebut.

Coway Malaysia Managing Director, James Park turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua HP Malaysia yang berjaya memecahkan target pada bulan Mei dan Jun 2020 walaupun berada dalam situasi PKP.

Majlis diteruskan dengan perbentangan hala tuju Coway oleh Coway Senior Sales General Manager, Mr Wallace Lim.

Pelbagai maklumat telah dikongsikan demi untuk Coway terus maju dan cemerlang. 

Coway Malaysia Boleh! Boleh! Boleh!

Setelah mendendangkan lagu-lagu popularnya dengan bersahaja tetapi penuh semangat tersendiri, Dato’ M.Nasir menutup tirai majlis dengan lagu Mentera Semerah Padi. 

Majlis ini distream secara langsung oleh hampir 8 ribu orang. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.