Aircond Coway: Pertama di Malaysia
Bukan setakat penapis air dan penapis udara sahaja, kini Coway merasmikan penjualan Aircond Coway di seluruh Malaysia! Siapa je yang tak kenal brand Coway? Coway adalah brand produk dan servis penjagaan rumah yang paling “hot” dalam kalangan penduduk Malaysia sekarang. Ramai yang sudah berjaya memasang mana-mana produk Coway di rumah/pejabat untuk kegunaan harian kerana jenama ini terkenal dengan servis perkhidmatan yang dipercayai serta sangat memuaskan hati.
Pertama di Malaysia
Sudah tiba saat yang telah lama dinantikan! Aircond Coway kini dibuka untuk jualan kepada semua rakyat Malaysia.
Apa yang membuatkan aircond kami ini special dari brand yang lain?
Direka eksklusif untuk Coway Malaysia sahaja, keunikan Aircond kami adalah pada Teknologi Sistem Penapisan 5 Langkah dan juga Penjimatan Tenaga bertaraf 5 Bintang kami. Bukan itu sahaja, hanya jenama Coway yang menawarkan 7 Langkah Care Service kepada mana-mana pelanggan yang membeli Aircond Coway di Malaysia. Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca.
Visi Coway
Dari dulu lagi, visi Coway adalah untuk menawarkan penyelesaian keperluan kehidupan terbaik kepada semua pengguna Coway. Setelah lama menyelidik dan mengkaji keperluan rakyat Malaysia, kami berjaya menghasilkan sebuah penyelesaian untuk anda menikmati udara sejuk dan bersih di rumah. Aircond kami bukan hanya mampu menyegarkan udara untuk keselesaan seisi keluarga, malah meningkatkan kualiti udara di rumah anda pada harga yang amat berpatutan.
Sistem Penapisan 5 Langkah Aircond Coway
Sistem penapisan 5 langkah kami menjadikan Aircond Coway antara yang terbaik di pasaran. Untuk mendapatkan kualiti udara yang lebih bersih dan lebih baik, sistem penapisan Aircond Coway terdiri daripada penapis silver ion dan juga penapis HEPA (High-Efficiency Particulate Air).
Dengan teknologi penapis HEPA, Aircond Coway boleh menghapuskan sehingga 99.999% Varian Omicron SARS-CoV-2 dan Human Coronavirus (HCoV-OC43). Teknologi ini juga terbukti dapat mengurangkan kadar zarah berbahaya yang berlegar di udara serta dan menghentikan pertumbuhan kulat. Dapatkan perlindungan tambahan untuk diri anda dan insan tersayang dari penyakit bawaan udara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dengan penghawa dingin Coway.
Udara di Rumah Lebih Sejuk & Lebih Bersih
Berbaloi memasang Aircond Coway di rumah/pejabat kerana aircond ini didatangi dengan self-cleaning mode. Teknologi terkini dari Korea Selatan ini membolehkan anda untuk menghapuskan bakteria di hujung jari sahaja. Aktifkan sahaja self-cleaning mode dan proses pensterilan haba akan dimulakan untuk membunuh bakteria dan mikroorganisma. Proses ini adalah sangat cepat, mudah, dan pantas untuk kemudahan anda.
Penjimatan Tenaga bertaraf 5 Bintang
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Dengan Aircond dari Coway, anda dapat mengurangkan penggunaan elektrik anda sekaligus menjimatkan wang dan juga menyokong usaha memelihara alam sekitar bersama pada masa akan datang. Suruhanjaya Tenaga Malaysia telah mengesahkan dan memberikan penilaian sebanyak 5 Bintang untuk Kadar Penjimatan Tenaga Aircond Coway. Lebih banyak bintang yang diberikan, lebih banyak penjimatan tenaga yang anda boleh nikmati.
Care Service
Setiap pembelian Aircond kami didatangi dengan Khidmat Servis Penyelenggaraan dari pihak technician Coway. Setiap 6 bulan, kami akan datang memeriksa dan melakukan penyelenggaraan berkala serta menukar filter Aircond Coway anda. Seperti yang anda tahu, inilah keunikan semua produk Coway. Matlamat utama kami adalah untuk menyediakan servis penyelenggaraan terbaik sepanjang tempoh anda menggunakan Aircond Coway atau mana-mana produk Coway yang lain. Dengan perkhidmatan ini, kami yakin Aircond Coway anda akan bertahan lebih lama untuk jangka masa yang panjang.
Jenis Aircond Coway
Aircond kami adalah sebuah model “single split inverter”