Azam Tahun Baru: Nak Kurus ke Nak Sihat

Mengapa perlunya Azam tahun baru untuk kurus atau sihat?

0 309

Bagaimana Azam tahun  baru amat penting dalam menentukan kegemilangan halatuju kita.

Dalam sedar atau tidak, mahupun sekilas pejam mata rasanya amat pantas je tahun 2019 dah nak sampai ke penghujung. Unik sekali nombornya tahun 2020. Cantik nombor tu. Selalunya macam biasa, bila dah nak masuk tahun baru, mesti ada nada bertanya mengenai apa azam tahun baru kita. Pelbagai jawapan la yang keluar nanti bila orang tanya mengenai azam tahun 2020. 

Kalau boleh biarlah sesuatu yang hebat memandangkan tahun 2020 ni istimewa. Sekiranya anda masih tiada motivasai untuk menempuh tahun baru, Maka kita  harus mencari perkara yang lebih mencabar seperi membeli kereta lebih hebat atau rumah yang lebih besar. Atau mungkin sahabat dan pasangan baru!!.

Apapun fokus kita hari in adalah berkenaan Azam nak lebih kurus atas sihat.

Antara jawapan yang selalu kita dengar bila nak masuk tahun baru ni pada kebiasaannya orang selalu berazam nak kurus. Tidak kurang juga ada yang nak berazam untuk amalkan gaya hidup sihat. Inilah jawapan yang paling kerap kita dengar bila orang bertanya pasal azam tahun baru. Apa azam tahun baru 2020 anda? Nanti cuba share dalam ruang komen. Kali ni, kami nak cuba ketengahkan kedua-dua azam tahun baru yang popular ni untuk kita sama-sama bincangkan. Mana satu lagi penting sebenarnya – nak kurus ataupun sihat?.

KURUS ATAU SIHAT?

Bila kita berdiri depan cermin, mula teringat yang kita dulu tak la sebesar ni. Kita pernah kurus sebenarnya. Baru kita terasa terbakar azam nak kembalikan bentuk badan kita yang dahulu, atau sekurang-kurangnya dapat muat pakai baju raya kita tahun lepas. Tapi soalan utama yang selalu mengganggu minda adalah, macam mana nak kurus? Apa perlu nak buat? 

Dalam masa kita baru terlintas dalam fikiran nak kurus, tiba-tiba dalam newsfeed laman sosial kita seperti Facebook, mula la keluar iklan-iklan kurus. Nak kurus dalam masa 7 hari. Nak kurus tanpa bersenam. Ubat kurus, teh kurus. Pelbagai jenis iklan atau tips nak kurus keluar. Macam tau saja niat dan azam tahun baru 2020 kita.

SEMANGAT 2020!

Pada masa semangat berkobar-kobar pasang niat untuk kurus dalam tahun 2020, pelbagai cadangan keluar sama ada daripada newsfeed laman sosial,cadangan kawan-kawan dan pelbagai sumber lain. Pada kebiasaannya iklan seperti ubat atau pil serta minuman “kesihatan” yang dikatakan boleh membuatkan anda kurus dalam masa yang singkat tanpa perlu “berusaha” berat.

Namun demikian, kita perlu berhati-hati di sini kerana semua bentuk ubat atau produk kesihatan perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu.

Amalan diet atau penjagaan makan adalah salah satu lagi kaedah untuk mengurangkan berat badan. Pada kebiasaannya amalan diet berfokuskan kepada mengawal cara pemakanan harian. Pelbagai kaedah yang ternama dan telah diamalkan seperti ketogenic diet (keto diet), intermittent fasting, vegetarian, blood type diet dan flexitarian diet. Kesilapan yang biasa dilakukan adalah apabila kita memilih diet yang kita rasa SESUAI dengan kita berdasarkan apa yang baca atau tonton.

Sebagai permulaan untuk mengamalkan diet yang sesuai dan sihat, kita perlu mengetahui tentang keupayaan badan kita dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor dan pakar pemakanan atau dietician.

Apabila kita lihat dengan teliti, sebarang bentuk usaha untuk menguruskan badan sebenarnya bukan senang. Tidak ada cara mudah atau jalan pintas untuk jadi kurus. Proses dan usaha untuk kurus sebenarnya memerlukan lebih daripada usaha-usaha yang seperti diet semata-mata.

Perkara utama yang perlu dilaksanakan adalah mengubah gaya hidup kepada cara yang lebih.

Dalam memastikan usaha ini berjaya, kita perlu untuk mengawal pemakanan dengan mengamalkan cara pemakanan yang seimbang mengikut nasihat dietician, melakukan senaman yang bersesuaian mengikut nasihat doktor serta tidur dan rehat dengan mencukupi. 

Mengubah gaya hidup kepada cara yang lebih sistematik dan sihat boleh mengekalkan kesihatan badan, menjauhkan penyakit serta umur yang panjang InshaAllah. Tanpa kita sedari, berat badan kita juga akan turun secara terkawal dan sihat melalui pendekatan ini.

Oleh itu, bagi azam tahun baru 2020 ini, marilah kita bersama-sama berjanji untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan ceria! Jangan lupa tidur yang nyenyak yaa.

Untuk  yang masih tiada idea anda boleh mencari Azam 2020 disini.

Selamat Tahun Baru.

Leave A Reply

Your email address will not be published.