Bagaimana Nak Pujuk Suami Beli Penapis Air Coway??

Tips pujuk suami untuk belanja penapis air

0 828

Hati dah rasa pakej Coway ni sangat berbaloi. Tapi bila nak cakap dan pujuk suami ini susah sikit.

Maklumlah, encik suami ni sibuk bekerja dan selalu tak cukup masa nak tengok keperluan rumahtangga dan anak-anak. Kena pujuklah encik suami ni kalau nak beli kan?

Kak Noreen dah lama buat bisnes Coway ni, dah masuk 10 tahun. Inilah antara pertanyaan yang selalu kak Noreen dapat.

Sebelum nak pujuk tu, kita kena faham cara kebanyakan encik suami berfikir. Salah satu perkara paling tak best buat wanita ialah lelaki tidak pandai mendengar.

Orang cakap lain dia faham lain ataupun encik suami buat tak tau jer lepas kita cerita panjang-panjang kat dia. Paling teruk bila lupa tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir dan tarikh ulang tahun perkahwinan. Sedih jer rasa bila encik suami lupa, rasa macam kita ni tak dihargai.

Sebenarnya ada cara yang sesuai untuk bercakap dengan encik suami ni. Cuma kita perlu tahu bagaimana. Di bawah kami senaraikan sedikit tips

1. Bercakap dengan suara yang lembut dan cari “timing” yang sesuai

Cuba bincangkan perkara yang anda ingin bincangkan dengan suara yang lemah lembut dan sopan.

Paling penting, cari “timing” yang betul, jangan pulak masa tengah tengok perlawanan bola, perlawanan badminton atau tengah dia sibuk buat kerja.

Ajak berbincang pada waktu lepas makan malam atau selepas program yang dia tonton selesai.

Dapatkan perhatian dengan tutur kata yang lemah lembut dan sopan pastikan dia melihat anda dan dengar dengan teliti apa yang anda hendak sampaikan.

2. Terus pada “point”

Lelaki sebenarnya tak suka kalau wanita berdolak-dalik. Kebanyakan lelaki terus suka “straight to the point”.

Perbincangan yang terlampau panjang juga mungkin menyebabkan keinginan anda tidak tercapai. Jadi, kalau anda ingin meminta sesuatu, sebut sahaja terus apa yang anda nak.

Jangan mulakan dengan “saya fikir” atau “pada pendapat saya”, sebagai permulaan ayat. Ini menunjukkan anda mahukan pendapat dan perbincangan itu bukan permintaan.

Seorang lelaki akan salah tafsirkan perbincangan ini nanti, anda juga yang akhirnya akan gigit jari.

3. Bincang keperluan penapis air Coway untuk keluarga

Buatkan encik suami faham keperluan penapis air Coway ini.

Ceritakan bagaimana penapis air coway ini dapat  mengubah kehidupan atau kesihatan sesebuah keluarga.

Sebagai contoh penapis air COWAY memudahkan kerja-kerja anda di dapur. Bila encik suami balik dari kerja dan nak minum air kopi tapi air panas tak ada, dia kena tunggu lama sebab kena masak air dulu. Dengan adanya penapis air COWAY sekejap je secawan kopi yang encik suami mintak tu boleh siap.

Satu lagi “point” yang baik, air yang kita minum hari-hari tu kita tak tahu sama ada tu bersih atau kotor, lebih-lebih lagi kalau tinggal di pangsapuri. B

elum tentu lagi air dalam tangki tu betul-betul bersih. Dengan adanya penapis air COWAY dah terjaminlah air tu air yang bersih.

Paling penting, amalan minum air kosong setiap hari memang perlu untuk kesihatan yang baik, tapi nak memasak air tu ambil masa, nak kena isi dalam bekas masak air, lepas tu nak kena tunggu air tu masak, lepas tu nak sejukkan lagi. Kalau anak ramai, berapa gelen air lah air yang kena masak.

Kalau ada penapis air COWAY ni ringan sikit kerja anda sebagai isteri.

Nak dapatkan point-point yang lebih bernas, tanya saja ejen kami, ada banyak lagi yang kami boleh bantu.

Sebenarnya tak adalah susah mana pun nak pujuk suami ni cuma anda perlu tahu teknik-teknik yang betul sahaja.

Encik suami ni sebenarnya sangat sayangkan isteri dan keluarga mereka dan sentiasa akan buatkan yang terbaik.

Kalau timing dan isi percakapan kita bernas, Insya Allah encik suami akan sediakan duit yang cukup untuk dapatkan pakej Coway yang anda idamkan tu

Leave A Reply

Your email address will not be published.