Minum air memang penting
Betulkah perlu mengambil air kosong 2 liter sehari?
Hari ini sudah masuk hari ke 13 kita mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelbagai aktiviti sudah kita laksanakan di rumah. Ada yang panjang senarai aktivitinya dan ada yang pendek sahaja aktivitinya. Tidak kiralah apa sahaja aktiviti yang anda lakukan pastikan anda #StayAtHome seperti saranan Perdana Menteri kita.
Walau apa aktiviti yang anda lakukan di rumah, jangan lupa untuk kerap minum air. Semua orang tahu bahawa pengambilan air harian yang cukup penting untuk kesihatan. Secara umumnya kita disarankan untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas, atau bersamaan 2 liter sehari.
Ramai percaya sumber berkaitan perkara itu adalah daripada Cadangan Lembaga Pemakanan dan Khasiat Amerika Syarikat; 1945 yang menyatakan setiap orang perlu minum kira-kira 2.5 liter air sehari. Jumlah ini perlu ditambah sekiranya kita melakukan aktiviti berat yang banyak menghasilkan peluh, dan tinggal di negara yang beriklim panas, macam kita di Malaysia ini.

Hakikatnya, kurang pengambilan air harian akan memudaratkan badan, kerana badan kita berkemungkinan mengalami dehidrasi dan lain-lain. Sekiranya terlebih minum air juga tidak elok untuk sistem dalaman kita, kerana badan akan mengalami over-hydrated.
Jadi, bagaimanakah kita nak kira jumlah pengambilan air harian yang tepat untuk badan kita?
Formula Keperluan Air Badan (1):
2/3 daripada berat badan, Pounds (lb) = jumlah air yang perlu di minum, Ounce (oz)
Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya buatkan contoh seperti di bawah.
Andaikan berat anda ialah 55kg.
Tukarkan unit kg kepada pounds. Maka, 55kg = 121.25 lb
Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2 per 3. Maka, 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
Tukarkan unit oz tersebut kepada liter. Maka, 80.83 oz = 2.3 L
Jadi, jika berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari.

Anda boleh buat begini jika ada botol 2.5 liter dirumah.
Oleh kerana kita sekarang sedang mematuhi PKP, ini cara mudah untuk minum air, terutama bagi anda yang Muslim.
Minum 1 gelas air setiap kali solat fardhu = 5 gelas
Minum 1 gelas air setiap kali mandi 2x sehari = 2 gelas
Minum 1 gelas air sebelum tidur malam = 1 gelas.
Jumlah pengambilan air harian = 8 gelas sehari.
Sangat mudahkan?
Selamat mencuba.