Burnout Waktu Bekerja
Tanda-tanda anda burnout di tempat kerja dan Cara Menanganinya
Kepada semua yang sedang bekerja sekarang. Adakah anda suka kerja yang anda lakukan? Adakah pekerjaan anda yang sekarang sama seperti yang diimpikan dari kecil? Sebenarnya, tidak semua orang berkesempatan untuk bekerja mengikut minat asal mereka. Ada yang bercita-cita untuk menjadi tukang masak, tapi oleh kerana tekanan dari keluarga, dia memilih untuk melanjutkan pengajian sebagai seorang jurutera. Dua definisi penting mengenai ‘burnout’ atau keletihan adalah:
“Keletihan fizikal, emosi, dan mental disebabkan oleh penglibatan jangka panjang”
“Keletihan atau kekecewaan disebabkan oleh kesetiaan terhadap sebab, cara hidup, atau hubungan yang gagal menghasilkan ganjaran yang diharapkan.”
Kesihatan mental adalah penting dan patut diutamakan oleh semua individu, tidak kira dari segi kehidupan peribadi atau kerjaya anda. Untuk anda yang baru mula ingin bekerja, anda kena ketahui apa itu ‘burnout’ di tempat kerja dan cara untuk menanganinya.
13 petanda anda sedang mengalami burnout di tempat kerja
- Mempunyai sikap negatif dan sering mengkritik di tempat kerja.
- Rasa berat untuk bekerja, dan mahu pulang setelah anda tiba di tempat kerja.
- Tidak bersemangat dan tidak berminat di tempat kerja.
- Kesukaran untuk tidur.
- Banyak mengambil cuti.
- Hati terasa kosong.
- Kesihatan terjejas seperti sakit kepala dan sering jatuh sakit.
- Cepat kecil hati dengan pelanggan atau rakan sekerja.
- Merasakan kerja anda tidak bermanfaat dan tiada hala tuju.
- Menyorokkan perasaan anda dari rakan sekerja.
- Merasakan kerja keras anda tidak dihargai.
- Menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri
- Anda berfikir untuk berhenti kerja.
Apa yang menyebabkan burnout di tempat kerja?
Anda mungkin mengalami masalah burnout jika anda merasa bahawa anda tidak mempunyai cukup masa untuk menyelesaikan tugas dan projek. Punca lain termasuklah apabila anda tidak mempunyai matlamat atau halatuju pekerjaan yang jelas. Selain itu, anda akan burnout apabila anda bekerja dalam pasukan atau organisasi yang tidak ada kerjasama. Akhir sekali, semestinya anda akan burnout apabila diberikan beban kerja melampaui kemampuan anda sendiri.
Bagaimana cara untuk menangani burnout?
Apabila perasaan burnout mula berlaku, ramai orang memberi tumpuan kepada penyelesaian jangka pendek seperti bercuti. Walaupun ini pasti dapat membantu, kelegaan itu hanya sementara. Anda juga perlu fokus pada strategi yang akan memberi kesan yang lebih mendalam, dan mewujudkan perubahan yang berkekalan.
#1- Bekerja dengan tujuan: Fikirkan sejenak, bagaimana pekerjaan anda menjadikan hidup lebih bermakna untuk orang lain?
#2- Memberi kepada orang lain: Menolong orang lain dengan masalah mereka. Tindakan kebaikan yang kecil pun dapat memberi tenaga kepada anda dan membantu anda mencari makna dalam pekerjaan anda.

Anda mungkin berminat untuk Berkerjaya Bersama Kami!

#3- Cuba berunding: Cuba berbincang dengan pihak atasan anda adakah dia boleh bertolak-ansur dengan beban kerja yang diberikan kepada anda.
#4- Kerap bersenam: Senaman dapat membantu mengurangkan tekanan dan mewujudkan rasa tenang. Anda juga akan mengalami peningkatan tenaga dan produktiviti jika anda bersenam secara kerap.
#5- Kawal stres: Uruskan cara anda berfikir. Dengan mengawal pemikiran anda dan mempraktikkan pemikiran positif, anda pasti dapat menangani stres dengan baik.