5 Cara Atasi Rasa Takut (Terutama Bila Bersendirian)
TAKUT! Ya takut adalah perasaan yang boleh membuatkan sesiapa saja rasa lemah dan gelisah! Rasa takut boleh berlaku dalam dua tahap iaitu reaksi biokimia dan respon emosional. Takut ini juga boleh berlaku dalam pelbagai situasi seperti takut bila bersendirian, takut gagal dalam bisnes, takut untuk menghadapi hari tua dan banyak lagi. Untuk mengatasi rasa takut yang berlebihan ini, tidaklah boleh dilakukan dalam sekelip mata. Ia memerlukan sedikit usaha dengan mempraktikkan cara yang betul untuk cuba mengatas masalah takut ini.
Jika ditanya ada tak benda atau perkara yang boleh membuatkan Kak Noreen berasa takut? Eh sudah tentulah ada! Kak Noreen ni manusia biasa jadi mana mungkin jika Kak Noreen berani untuk apa saja perkara. Sebagai contoh Kak Noreen takut jika berlaku perkara yang buruk kepada keluarga (terutama suami dan anak-anak).
Kak Noreen juga takut jika keputusan atau tindakan yang Kak Noreen buat untuk sesuatu perkara itu agak kurang cerdik. Namun begitu, kenapa kita mesti menganggap rasa takut ini sebagai perkara yang negatif?
“Kak Noreen, Saya Sering Rasa Takut Bila Bersendirian! Bagaimana Cara Nak Atasi Rasa Takut Ni?”
Kalau nak tahu, rasa takut bila bersendirian ini adalah sejenis fobia yang dipanggil autophobia. Dan fobia jenis ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Selalunya ia akan dipengaruhi oleh fikiran yang mula berfikir akan perkara yang bukan-bukan.
Bagaimana cara mengatasinya? Mula-mula kenal pasti tahap ketakutan dan gejala-gejala yang muncul dulu. Ini dapat membantu anda memilih rawatan yang terbaik untuk mengatasinya.
Berikut adalah contoh gejala-gejala untuk rasa takut apabila bersendirian:
- sering merasai rasa takut yang berlebihan (ekstrem)
- terus berasa panik secara tiba-tiba hingga rasa seakan sesak nafas
- rasa takut yang ada memang kuat tanpa sengaja di buat-buat
- rasa cemas hingga hilang fokus pada sebarang perkara yang sedang dilakukan
7 Cara Atasi Rasa Takut Yang Boleh Dicuba
#1 – Cuba Fahami Diri Sendiri
Kenapa anda rasa negatif bila bersendirian? Apa yang menghantui hidup anda? Apa yang anda takutkan? Mungkinkah anda ada sejarah yang menakutkan semasa bersendirian atau anda selalu terbaca pekara-pekara buruk yang berlaku bila hidup bersendiri?
Kaji diri anda dan cuba cari jawapan. Mungkin rasa takut anda itu agak tidak logik dan hanya mainan perasaan sahaja. Adalah tidak mustahil jika semua rasa takut itu sama sekali tidak masuk akal. Yakinkan diri anda dan elakkan diri dari membaca atau mengikuti sebarang perkara yang negatif.
#2 – Tuliskan Segala Ketakutan Anda Di Dalam Sebuah Diari Harian
Mulakan dengan mencatat persoalan-persoalan ini di dalam diari harian anda. Tanya diri anda sendiri, adakah anda mampu untuk menjaga diri anda sendiri itu? Mampukah anda mencipta kebahagian sendiri? Kemudian tanya juga pada diri anda, kenapa orang lain boleh buat dan anda tak boleh buat? Fikirkan juga kenapa perlu rasa takut? Anda perlu kuat untuk mengatasi fobia anda ini jika mahu segalanya berjalan lancar.
Dengan catatan harian begini, anda akan lebih mengenali diri sendiri dan belajar cara atasi rasa takut anda. Tuliskan juga apakah yang terjadi bila rasa takut itu datang dan adakah rasa takut itu semakin teruk dari masa ke semasa.
#3 – Perhatikan Situasi Hubungan Anda Dengan Pasangan, Anak dan Orang Lain Yang Terdekat
Biasanya orang-orang yang takut sendirian ini ada obsesi tertentu terhadap orang lain. Mereka takutkan kehilangan orang tersayang atau takut rasa kesepian. Adakah sememangnya anda takut untuk hidup seorang diri? Adakah anda merasakan mereka tidak boleh hidup tanpa anda atau anda yang tidak boleh lepaskan mereka?
Bersikap realistik adalah jalan yang terbaik. Anda perlu faham bahawa setiap perkara akan ada komitmentnya. Contohnya jika anda tinggal di rumah sewa dan secara tiba-tiba kawan baik anda memaklumkan bahawa dia akan berkahwin. Mungkin juga rakan serumah anda terpaksa berpindah. Ini semua adalah ajaran bagaimana untuk lebih yakin dan berani.
#4 – Lakukan Sesuatu Yang Disukai Dengan Penuh Fokus
Rasa takut mungkin boleh cuba dikawal dengan melakukan sesuatu perkara yang anda suka. Sebagai contoh anda boleh membaca, menonton televisyen, mendengar lagu dan sebagainya. Paling best jika anda dapat lakukan sesuatu yang lebih bermanfaat sehingga boleh jana pendapatan.
Sebagai contoh, anda boleh menceburkan diri di dalam bidang bisnes. Tak perlu ada modal yang besar. Anda boleh cari peluang yang ada dengan jumlah modal yang mampu. Jika tak tahu nak berniaga apa, mari sini join jadi ahli COWAY yang hot, hebat dan luar biasa dengan Kak Noreen. Boleh dapat ramai rakan bisnes dan lepas tu tentu dah tak rasa sunyi lagi.
#5 – Kongsi Masalah Ketakutan Ini Pada Keluarga Atau Pakar Kaunseling
Suka juga untuk Kak Noreen nasihatkan pada anda yang ada masalah fobia ketakutan sebegini. Bagi Kak Noreen ada baiknya jika anda kongsikan perkara ini dengan mana-mana ahli keluarga atau kawan baik yang dipercayai. Bila anda dalam ketakutan begini, sokongan dari keluarga dan kawan-kawan adalah sangat penting. Ceritakan masalah anda agar mereka dapat lebih memahami dan jika bernasib baik tidak mustahil mereka yang akan bantu selesaikan.
Sekiranya untuk ceritakan pada keluarga dan rakan anda masih lagi rasa risau dan ragu. Maka jalan seterusnya adalah dengan minta khidmat nasihat bantuan dari pakar.
Anda boleh kunjungi mana-mana pakar yang berhampiran untuk sesi terapi bagi mengatasi masalah fobia bila bersendirian begini dan jangan malu untuk ceritakan apa yang berlaku. Tidak perlu ceritakan semua benda peribadi, memadai dengan menceritakan tentang apa yang berkaitan.
Atasi Rasa Takut Untuk Mulakan Bisnes Juga Penting!
Bercerita tentang takut, di dalam sesebuah perniagaan TAKUT dianggap sebagai sebuah Kunci Kejayaan bagi mana-mana usahawan. Nak berjaya mesti ada rasa yakin dan berani untuk mengatasi rasa takut tersebut. Berjaya atau gagal semuanya bermula dengan anda sendiri yang berhak membuat keputusan dan berusaha ke arah itu. Kawal rasa takut dan apabila anda rasa betul-betul telah bersedia maka segeralah bertindak!
Antara ketakutan yang sering dihadapi oleh bakal usahawan ini ada 4 iaitu :
- TAKUT RUGI
- TAKUT TAK MENJADI
- TAKUT KENA PERLI
- TAKUT TERIMA REJECTION DARI BAKAL PELANGGAN
Hmmmm, macamana nak berjaya kalau tak yakin? Jika Kak Noreen boleh set minda dan kuatkan diri untuk bergerak ke depan sebagai salah seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya, kenapa tidak anda? Terdapat beberapa cara bagaimana untuk mengatasi rasa takut untuk berbisnes ini sebenarnya dan antara cara tersebut adalah :
1 – Cari Ilmu dan Mentor
2 – Mulakan Perniagaan Dengan Kos Yang Mampu
3 – Baca Dan Tonton Kisah Motivasi Dan Kejayaan Usahawan Berjaya
4 – Mulakan Bisnes Dengan Berpartner Atau Join Venture Dengan Orang Lain
5 – Ikuti Bisnes Yang Ada Kumpulan Hebat Untuk Bimbing Dan Sokong Anda Dari Belakang
Semua Orang Ada Rasa Takut, Nak Berjaya?Tukarkan Saja Ia Dari Negatif Kepada Positif !!
Kalau dari awal dah takut nak melangkah, macamana nak berjaya?
Jika kita tidak mulakan bisnes kita sendiri, siapa yang akan beri kita kejayaan?
Mulakan bisnes dan tolak rasa takutr berniaga tu. Untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya tidak kira untuk apa jua jenis perniagaan, diri sendiri adalah musuh utama untuk berjaya.
“Kalau anda masih juga rasa ragu, rasa bimbang, rasa takut kalau-kalau gagal! Mari sini Kak Noreen bantu! “
Marilah bersama Kak Noreen dalam COWAY! Biar Kak Noreen sendiri cuba asah rasa takut anda tu dari negatif kepada positif. Bagi Kak Noreen adalah lebih baik untuk kita bertindak dan berusaha daripada kita sekadar simpan segala impian dalam kepala tanpa sebarang tindakan.
JANGAN! JANGAN MENGALAH PADA RASA TAKUT! Kerana ia akan hanya membuatkan kita terus lemah dan gagal. Ayuh! Bangun! Biarkan rasa takut itu pula menjadi gerun dengan keberanian yang anda ada sekarang!
Baca Juga : Jelajah Pakar Coway Tour 2019