Coway E-Learning Rookie Orientation
Rugi tau kalau tak hadir E-Learning ni.

Kami telah kembali! Setelah agak lama tidak bersiaran, Latihan Zoom E-Rookie akan dijalankan pada tarikh yang ditetapkan. Maklumat ini boleh dikongsikan kepada HP yang baru direkrut.
Latihan Zoom E-Rookie ini akan menjadi Kelas Terbuka untuk semua. Kepada HP yang baru didaftarkan adalah sangat dialu-alukan untuk mengikuti Latihan Zoom E-Learning ini.
Untuk bulan Ogos 2020, akan diadakan latihan Orientasi E-Rookie sebanyak 2 kali iaitu pada 13 Ogos (Khamis) dan 19 Ogos 2020 (Rabu). Oleh itu, HP hanya mempunyai 2 pilihan tarikh untuk hadir.
Pautan latihan akan disediakan untuk kelas latihan orientasi e-rookie 19 Ogos 2020 tidak lama lagi.
Berikut adalah butiran latihan tersebut:
1) Maklumat Latihan
Tarikh: 13 Ogos 2020 (Khamis)
Masa: 9.45 Pagi – 5.00 Petang
2) Peserta Latihan
Semua Neo Pro baru di bawah Kumpulan GM Ikbal
3) Persediaan Latihan
* Pasang Zoom App di telefon bimbit
* Pasang Zoom di Laptop atau Desktop (zoom.us)
* Pastikan komputer riba, telefon bimbit dan Power Bank dicas sepenuhnya
* DATA Internet 2-3 GB
* Buku dan pen
* Tempat duduk yang selesa dan senyap
Pada tarikh-tarikh tersebut, bilik mesyuarat Zoom akan mula dilancarkan pada jam 9.30 pagi.
Pastikan anda tidur awal pada hari sebelumnya agar dapat bersedia dengan segar untuk mengikuti kelas ini .
Jumpa anda semua nanti dengan tenaga yang hebat!!