Apa Penapis Air Terbaik Di Malaysia

Kenapa perlu guna penapis air terbaik?

0 40

Ada yang tertanya-tanya, “Kenapa perlu cari penapis air terbaik?”

Air meliputi 70% daripada kandungan bumi. Setiap kehidupan di bumi memerlukan air untuk terus hidup. Begitu juga, peratusan air dalam badan adalah 70% juga.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mendapat sumber air yang mencukupi, bersih dan selamat agar sel-sel tubuh menjadi sihat dan kuat.

Kesedaran untuk mendapatkan air yang bersih di kalangan rakyat Malaysia menyebabkan kebanyakan orang ramai menggunakan penapis air di rumah.

Mengapa Perlu Penapis Air Terbaik?

Seakan-akan tidak lengkap peralatan di rumah jika tanpa penapis air. Rata-rata rakyat Malaysia sanggup menghabiskan ribuan ringgit setahun untuk membeli atau menyewa peralatan penapis air di rumah mereka.

Persoalannya mengapa penduduk Malaysia masih memerlukan penapis air di rumah sedangkan Kerajaan Malaysia melalui syarikat-syarikat rawatan air telah membelanjakan jutaan ringgit setahun untuk merawat air yang dibekalkan di rumah-rumah di Malaysia.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dilaporkan berkata di dalam satu Persidangan Dewan Rakyat, air yang terawat yang dibekalkan ke rumah-rumah di Malaysia menepati kualiti minimum air minuman seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO).

Penapis air yang berada di pasaran Malaysia dikatakan berupaya untuk menapis mikroorganisma, bakteria, logam berat dan bahan tercemar yang lain.

Jika air terawat telah memenuhi garis panduan WHO, sepatutnya orang ramai tidak lagi perlu menggunakan penapis air di rumah.

Berdasarkan pemerhatian, rata-rata penduduk Malaysia tidak yakin untuk minum secara terus daripada air paip mungkin kerana keadaan fizikal air tersebut yang seringkali dilihat berkeladak, berwarna dan berbau.

Penapis-penapis air yang berada di pasaran Malaysia dikatakan berupaya untuk menapis mikroorganisma, bakteria, logam berat dan bahan tercemar yang lain.

Sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut, ianya perlu dipastikan berdasarkan sijil-sijil pengiktirafan yang sah yang telah diterima oleh syarikat-syarikat pengeluar penapis air tersebut.

Dua Jenis Penapis Air Terbaik Untuk Kediaman

Secara asasnya, penapis air terbahagi kepada dua iaitu penapis di dalam dan di luar rumah.

Penapis air di luar rumah dipasang berhampiran dengan meter air di mana sumber air dari luar mula masuk ke rumah.

Penapis luar ni akan mengalirkan air bertapis ke seluruh rumah yang bermaksud air yang digunakan bukan sahaja untuk air minuman dan air untuk memasak tetapi juga untuk mandi, membasuh pinggan mangkuk, membasuh baju san sebagainya.

Penapis air luar yang berkesan dan cekap, berupaya untuk menapis kekotoran, mikroorganisma dan bakteria amatlah berfaedah terutamanya jika digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk dan untuk mandi kerana air yang tercemar mungkin boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan pencemaran pinggan mangkuk.

Penapis air di dalam rumah khasnya dipasang untuk menjamin kebersihan dan keselamatan air sebagai sumber air minuman.

Air tapisan yang terhasil antara yang paling popular adalah air hasil proses penapisan ‘nano’, ‘reverse osmosis’ dan penyulingan. Syarikat-syarikat pengeluar penapis air juga menambah sedikit perasa seperti perisa kelapa untuk menambah kesedapan air yang terhasil.

Rakyat Malaysia bebas untuk menggunakan penapis-penapis air yang terdapat di pasaran dan berhak memilih yang terbaik


Walaupun pelbagai jenama dan jenis penapis air terdapat di pasaran Malaysia, namun bukan semua orang mampu daripada segi kewangan untuk memiliki penapis air tersebut untuk dipasang di rumah mereka.

Secara umumnya bagi yang tidak berkemampuan, mereka hanya memasak air daripada sumber air paip untuk diminum dan menggunakan terus air paip untuk mandi dan mencuci.

Sewajarnya pihak Kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat rawatan air di Malaysia mengambil contoh daripada negara jiran iaitu negara Singapura yang merawat dan menghasilkan air paip di antara yang terbersih di dunia selain daripada lapan negara lain iaitu Switzerland, Canada, Sweden, Columbia, Denmark, Greenland, Iceland, Finland. (Sumber daripada laman web The Water Delivery Company).

Jika air terawat daripada loji-loji rawatan air dapat menghasilkan air paip yang bersih dan selamat seperti di Singapura, rakyat Malaysia dapat mengurangkan kebergantungan kepada penapis-penapis air di pasaran dan juga mungkin dapat mengurangkan pencemaran bahan plastik daripada botol-botol air minuman dan air mineral yang dibeli.

Bak kata pepatah, sambil menyelam, minum air yang bermaksud selain daripada Rakyat Malaysia dapat mengurangkan kos yang dibelanjakan untuk membeli penapis air dan air bertapis yang dibotolkan, pencemaran bahan plastik dsripada botol air minuman juga dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia bebas untuk menggunakan penapis-penapis air yang terdapat di pasaran dan berhak memilih yang terbaik untuk menjamin kebersihan dan keselamatan air yang digunakan dan diminum di rumah mereka.

Carilah penapis air Ombak.

Leave A Reply

Your email address will not be published.