Istirihat Kita

Berapa jam tidur yang kita perlukan?

0 220

Rekod berjaga paling lama ialah 11 hari. Tiada sesiapa pada zaman moden dapat mencapai tahap tersebut. Kini, selepas 3 hari berturut-turut tidak tidur seseorang boleh mendapat halusinasi dan paling teruk mati.

Boleh jadi kita pernah baca atau dengar berita peminat bola sepak di Republik Rakyat China mati pada edisi Piala Dunia FIFA 2014. Mendiang Zhou Meng dilaporkan tidak tidur selama tiga malam, dan berkerja pada siang hari. Halusinasi mengganggu fungsi otak yang menyebabkan ketidakstabilan dalam tindakan, kawalan emosi dan konsentrasi.

Otak manusia mempunyai jam biologi circadian.  Jam biologi ini dikawal oleh Suprachiasmatic Nucleus (SCN), iaitu sekumpulan sel dalam hipotalamus yang bertindak terhadap waktu cerah dan gelap. Setiap SCN terdiri daripada 10,000 neuron. 

Berapa banyak SCN dalam otak? Maaf! Bilangannya belum diketahui oleh penulis kerana belum tamat mengkaji secara mendalam. Betapa penting tidur? Saintis menggariskan keperluan tidur manusia berdasarkan umur seperti berikut:

No.

Umur

Masa tidur (jam)

1

0 – 3 bulan

14 – 17 

2

4 – 11 bulan

12- 15

3

1 – 2 tahun

11 – 14

4

3 – 5 tahun

10 – 13

5

6 – 13 tahun

9 – 11

6

14 – 17 tahun

8 – 10

7

18 – 64 tahun

7 – 9

8

65 tahun ke atas

7 – 8

Ok. Mari kita belek al-Quran dan baca tentang tidur. Firman Allah yang bermaksud, “Dan Kami jadikan tidur untukmu sebagai istirahat.” (8: An-Naba’). Kamus Pelajar Edisi Kedua memberi defisi istirahat sebagai keadaan atau suasana tidak melakukan sesuatu. Menurut pengkaji Ahmad S. Bahaman dalam Sleep From an Islamic Perspective, kalimah subaat dalam surah An-Naba’ boleh dikelaskan sebagai fasa nyenyak (deep sleep). Menurut beliau lagi, terdapat 5 kalimah dalam Quran yang merujuk kepada tidur iaitu sinah (mengantuk), ruquud (tidur panjang), nu’aas (tidur sekejap /short nap), subaat (tidur nyenyak) dan huju’ (tidur sebentar malam hari). 

Maka melalui Al-Quran kita tahu sejarah terpanjang tidur manusia. Kisah penghuni gua (Ashaab al-Kahf) yang tertidur selama 300 tahun mengikut kiraan tahun matahari, dan 309 tahun menggunakan kalendar hijrah.

Sekarang kita tahu peri penting tidur. Istirahat. Setelah seharian letih berkerja atau belajar, kita perlu rehat. Maka bagaimana tidur yang kita harapkan? Nyenyak atau tidur ayam? Lambung kita di atas perbaringan kasar atau lembut? Di atas tikarkah? Tilamkah? Tilam nipis atau tebal, keras atau empuk? Soalan-soalan ini mencetuskan penyelesaian dalam kalangan usahawan. 

Akhirnya mereka mencipta tilam. Terdapat ribuan jenama tilam di dunia. Pada tahun 2020, Coway memasuki pasaran tilam dunia dengan melancarkan PRIME SERIES  MATTRESS. Seperti model perniagaan sebelum ini, tilam ini boleh disewa dengan Khidmat Penjagaan Tilam (MCS). Kami menawarkan sewaan selama lima tahun dengan MCS secara percuma selama setahun. 

Menarik bukan?

 

Keunikan PRIME SERIES  MATTRESS terletak pada material yang membantu memberikan kepuasan tidur. Sembilan persepuluh rakyat Malaysia mengalami gangguan tidur. Setiap orang menginginkan tidur yang berkualiti. Tilam ini dilengkapi fabrik anti statik, 5 zon spring yang membantu lenturan tubuh, serat kelapa untuk menyerap kelembapan dan aliran udara untuk suhu yang sesuai. Manakala lapisan atas (topper) boleh ditukar. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.