Ada pelbagai jenama water filter di pasaran sekarang. Atau nama lainnya water purifier. Baik yang besar, kecil, berwarna putih, hitam, kelabu semuanya ada. Jadi kenapa perlu memilih water filter Coway?
Tinggal keperluan dan poket je yang menentukan pakej pilihan.
Jadi apakah kelebihan Penapis Air Coway ini berbanding yang lain?
Sebagai agen Coway, dan berpengalman menjadi pengurus selama 5 tahun, kak Noreen tidak pernah ‘menjatuhkan’ jenama penapis air lain bila mana cuba menyakinkan prospek klien.
Sebaliknya Kak Noreen akan menerangkan fakta sebenar bagi membantu pelanggan membuat keputusan.
Berikut adalah fakta-fakta yang kak Noreen akan beritahu pelanggan tentang fakta water filter Coway berbanding satu lagi penapis air, Jenama X .
Kontrak
Coway menawarkan kontrak minimum 3 tahun maksimum 5 tahun, jika tidak mahu boleh pulangkan.
Jenama X pula meletakkan kontrak selama 7 tahun dan tidak boleh tamatkan kontrak sebelum tempoh tersebut. Syarat seperti ini sudah cukup bagi pelanggan membuat keputusan jenama mana yang harus dipilih.
Filter
Water filter Coway akan ditukar filter setiap 4 bulan manakala jenama X hanya tukar filter setiap 8 bulan.
Tangki
Coway mempunyai tangki yang lebih besar berbanding jenama x iaitu 5.8 liter dan sesuai untuk 6 orang. Ini adalah purata bilangan ahli keluarga di Malaysia yang terdiri dari ibu, bapa dan 4 orang anak. Jenama X mempunyai tangki yang lebih kecil, 2.3 liter, lebih sesuai untuk penggunaan 2 orang.
Pilihan Penduduk Korea
Penduduk di Korea lebih memilih Coway berbanding jenama X bagi penapis air dan udara.
Specialist
Coway adalah water specialist untuk produk penapis air dan udara.
After Sales Service
Kelebihan after sales service Coway. Coway menawarkan servis setiap 2 bulan, jenama lain memang tidak ada servis. Jenama X beri servis setiap 4 bulan.
Plastik Tanpa BPA
Coway menggunakan plastik tanpa BPA macam yang digunakan untuk membuat botol susu. Memang terbukti secara klinikal yang ia adalah selamat.
Sijil Halal
Kedua-dua Coway dan Jenama X mempunyai sijil halal Jakim. Kelebihan Coway adalah pegawai Jakim memang melawat kilang Coway di Korea.
Platinum Award
Coway mendapat Platinum Award (Trusted Brand in Asia)
Top 10
Mengikut kajian survey pengguna, Coway adalah Top10 Brand yang dipercayai di Malaysia.
Akhir kata Kak Noreen akan beritahu prospek klien itu yang pilihan sebenar adalah di tangan anda. Anda yang akan guna produk ini untuk tahun-tahun mendatang.
Hendak pilih water filter Coway atau pun jenama satu lagi.
Hendak servis baik dan kualiti pilihlah Coway. Nak yang murah sikit pun ada dari jenama lain tetapi servisnya hanya 3 kali setahun berbanding dengan Coway 6 kali setahun.
Bak kata pepatah “alah membeli, menang memakai.
Jika tanya produk penapis air Coway paling ngetop, boleh cuba Coway Ombak.
Jadi, buatlah keputusan bijak untuk masa depan kesihatan anak-anak dan keluarga anda yang di kasihi.