5 Sebab Kenapa Aircond Tak Sejuk

0 250

Setelah seharian penat bekerja, sampai sahaja di pintu rumah tangan anda pasti terus mencapai remote untuk on aircond sebelum anda duduk berehat. Dah tunggu beberapa minit tapi udara di rumah masih tidak menyejuk. Kami pun hairan, kenapa aircond tak sejuk ye? Haa..ini bukanlah fenomena yang luar biasa malah hampir semua rakyat Malaysia pernah menghadapi situasi ini. 

Bukan setakat aircond rumah, aircond kereta dan aircond di tempat kerja lagi la banyak ragam. Biasalah, aircond ni hari-hari digunakan untuk keselesaan anda menjalankan aktiviti harian. Tanpa aircond, susah untuk kita survive dengan iklim Khatulistiwa Malaysia yang sentiasa panas dan lembap.

Kenapa Aircond Tak Sejuk?

Filter Tidak Dicuci

kenapa aircond tak sejuk sebab filter kotor

Filter aircond berfungsi untuk memerangkap zarah-zarah yang berlegar di ruang udara, contohnya habuk dan debu. Filter ni boleh tersumbat kalau tidak kerap dicuci. Semakin lama tempoh anda tidak mencuci filter tu, semakin menebal habuk dan semakin kurang sejuk angin yang dikeluarkan dari aircond. 

Filter aircond ni perlu dicuci setiap bulan, anda hanya perlu tanggalkan dan vacuum habuk degil tu. Anda boleh juga bilas dengan air atau berus perlahan kotoran di filter tu. Selepas itu keringkan dan pasang semula. Filter yang bersih akan menambah kecekapan aircond anda sekaligus mengembalikan performance aircond seperti sediakala.

Kaedah Pemasangan Salah

kenapa aircond tak sejuk sebab kaedah pemasangan salah

Setiap pemasangan aircond ada kaedahnya tersendiri, tidak boleh pasang sesuka hati sahaja. Pihak profesional mestilah memasang mana-mana aircond mengikut standard yang ditetapkan. Kenapa aircond tak sejuk? Mungkin unit outdoor aircond anda dipasang di tempat yang tidak sesuai, di tempat yang tidak mempunyai pengaliran udara yang baik

Masalah ini selalunya terjadi apabila owner rumah mengupah orang yang kurang mahir memasang aircond untuk menjimatkan kos walhal menyebabkan kerugian yang lebih besar pada masa akan datang. Penting untuk anda selidik latarbelakang dan pengalaman technician yang ingin diupah dahulu sebelum anda membuat apa-apa keputusan. 

Gas Aircond Habis

kenapa aircond tak sejuk sebab gas habis

Kebocoran mengakibatkan gas aircond anda berkurang. Menjadi tanggungjawab seorang technician untuk memastikan tiada kebocoran yang berlaku ketika memasang atau servis aircond. Sekali lagi, niat anda untuk berjimat tergantung sepi apabila anda mengupah technician yang kurang kemahiran.

Kenapa aircond tak sejuk? Disebabkan berlakunya kebocoran selalunya berpunca dari pemasangan nut yang tak ketat, nut pecah semasa pemasangan, sambungan copper pipe pecah, service valve rosak atau evaporator/condenser coil bocor.

Compressor Rosak

Compressor adalah elemen yang paling penting untuk sebuah aircond berfungsi dengan baik. Kenapa aircond tak sejuk? Kalau compressor anda bermasalah, confirm aircond anda dah tak sejuk lepas tu. Compressor tak boleh diservis, hanya boleh diganti dengan yang baru je. Kos menukar compressor ni yang paling mahal kerana compressor inilah yang mengaktifkan bahan penyejuk antara unit luar dan dalam. Unit dalam tidak mampu mengeluarkan angin sejuk tanpa compressor.

Berita baik untuk anda, kebiasaanya capacitor compressor je yang rosak. Kos menukar capacitor jauh lebih berpatutan berbanding kos tukar compressor. Jadi kalau ada sebarang kemusykilan, panggillah technician yang bertauliah untuk datang inspect compressor anda.

Kekurangan Horse Power 

Kenapa aircond tak sejuk? Pemasangan aircond dengan horse power (Hp) yang tepat memain peranan yang besar untuk menyejukkan sesuatu ruang di rumah. Sebelum anda membeli mana-mana aircond, dapatkan nasihat dahulu daripada orang yang lebih arif seperti salesperson/technician. Sebuah ruang kecil seperti bilik tidur anak anda memadai untuk dipasang aircond berkapasiti 1.0Hp manakala ruang tamu atau bilik master bedroom yang besar lebih baik dipasang 1.5 atau 2 Hp. Penggunaan horse power aircond adalah bergantung kepada keluasan ruang.

Bil elektrik akan melambung tinggi kalau anda pasang aircond yang tidak cukup horse power. Sama juga kalau anda pasang aircond berkapasiti Hp tinggi di ruang kecil, ia akan menyebabkan ‘over cooling’ dan menaikkan bil elektrik.

Leave A Reply

Your email address will not be published.