Khasiat Air Kosong Untuk Manusia (Inilah Rahsia Allah)

0 5,010

Khasiat air kosong dikatakan sangat banyak tetapi apakah kelebihan air masak ini kepada badan kita? Iyalah, kita selalunya disarankan agar minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari. Tapi kenapa? Untuk apa? Tambahan pula, untuk membiasakan diri minum air kosong sememangnya bukan satu kerja yang mudah. Lagi-lagi dengan godaan pelbagai minuman manis yang ada di rumah. Itu belum lagi termasuk dengan pelbagai jenis minuman di kafe, restoran, gerai, pasaraya dan sebagainya.

Maka untuk mendidik diri supaya dapat melatih otak untuk menerima air kosong atau air putih ini setiap hari amatlah sangat mencabar! Saya sendiri mengaku, saya memang pernah rasa begini juga dulu. Iya dulu… masa itu di saat saya belum tahu dan belum faham apakah sebenarnya kelebihan air kosong untuk tubuh badan kita ni. Masa tu sesungguhnya saya masih jahil untuk faham akan kelebihan khasiat air putih yang telah Allah SWT ciptakan ini.

khasiat air kosong
Image Via : Majalah Sains

 

Khasiat Air Kosong Ada Banyak! Okay, Apakah Khasiat Air Putih Untuk Manusia Ini Sebenarnya?

Bagi anda yang masih tidak tahu apakah sebenarnya khasiat air kosong ataupun air putih ini pada manusia, di sini saya akan berikan 10 sebab musabab bagi menjawab persoalan ini. Semoga dengan adanya perkongsian begini dapatlah semua orang faham mengapa air putih ini penting!

Dan semoga semua orang turut bertukar semangat untuk mula mengamalkan konsep minum air putih ini selalu untuk kesihatan di masa depan. Sebenarnya memang terlampau banyak khasiat air kosong terutama untuk kecantikan dan kesihatan.

Antara khasiat-khasiat tersebut adalah :

 

#1 – Menaikkan Metabolisme Dalam Tubuh Badan Seseorang

Kalau anda sedang berdiet minum air putih di waktu pagi semasa perut kosong ternyata dapat menaikkan metabolisme dalam badan sebanyak hampir 25%. Jadi ia dapat membantu pembakaran lemak yang lebih cepat dan bagus untuk menurunkan berat badan. Sebab itulah ramai penjaga kesihatan terutama yang sedang berdiet akan minum air kosong setiap kali bangun tidur pada waktu pagi.

 

#2 – Membantu Membersihkan Usus Perut Serta Bagus Untuk Sembelit (Detox)

Minum air putih pada waktu pagi juga dapat membersihkan perut, berfungsi sebagai (detox)  dan memudahkan proses buang air besar menjadi lebih lancar. Jadi rutin buang air besar dapat dilakukan setiap hari tanpa sembelit, jadi usus anda pun akan jadi lebih sihat dan anda juga rasa lebih ceria setiap hari.

Minum air putih pada waktu pagi juga dapat membersihkan perut, berfungsi sebagai (detox)  dan memudahkan proses buang air besar menjadi lebih lancar. Jadi rutin buang air besar dapat dilakukan setiap hari tanpa sembelit, jadi usus anda pun akan jadi lebih sihat dan anda juga rasa lebih ceria setiap hari.

 

#3 – Meningkatkan Tahap Kesihatan Dan Kecantikan

Air sangat perlu untuk tubuh badan manusia. Khasiat air kosong bukan saja untuk kesihatan malah untuk kecantikan juga. Bagi anda yang masih tidak tahu, air  kosong ini adalah sangat bagus untuk sistem imun dalam badan yang boleh membantu melawan jangkitan kuman dan pelbagai penyakit yang  merbahaya. Minum air kosong juga dapat membantu menambahkan lagi faktor kecantikan kerana kecantikan itu sendiri akan terserlah dari dalaman maka kalau dalaman anda sihat sudah tentu rupa luaran anda juga akan menjadi bertambah menawan.

 

#4 – Mencegah Masalah Sakit Kepala (Migrain)

Migrain atau sakit kepala selalunya berpunca daripada kekurangan oksigen dan cairan di dalam badan. Kekurangan air atau (dehidrasi) merupakan penyebab utama sakit kepala yang boleh mengganggu aktiviti harian anda. Minum air putih ni dapat mengurangkan risiko terkena migrain dan  sakit kepala yang kerap tau. Jadi memang elok sangat kalau rajinkan diri untuk minum air kosong selalu setiap hari.

 

#5 – Menjadikan Kulit Lebih Cerah Dan Cantik

Ini kalau para wanita tau mesti suka hati! Siapa sangka salah satu daripada khasiat air kosong untuk kecantikan dan kesihatan adalah pada kulit. Minum air putih 8 gelas sehari akan membantu kulit jadi lebih bersih dan cerah, malah boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di kulit muka yang disebabkan oleh radikal bebas (habuk dan asap) dan lain-lain. Setiap wanita impikan kulit yang putih cerah dan mulus kan, jadi minumlah air kosong tu banyak-banyak yer.

 

Baca Juga : Kelebihan Water Filter Coway

 

#6 – Membantu Tambahkan Tenaga Dan Stamina

Jika selalu  rasa lelah letih di waktu pagi, minumlah segelas air putih sebelum memulakan hari anda tu. Ini kerana dengan minum air putih akan dapat merangsang sel-sel darah merah untuk tumbuh lebih cepat, sekaligus melancarkan oksigen ke dalam darah. Perkara tersebut akan membuat anda merasa lebih banyak tenaga dengan penuh stamina serta semakin bersemangat untuk memulakan kerja.

 

#7 –  Membantu Menurunkan Berat Badan

Air memiliki kandungan 0% kalori jadi minumlah air kosong tak kira sejuk atau suam. Air juga dapat membuatkan perut anda terasa kenyang. Sekaligus meningkatkan metabolisme dan kurangkan rasa lapar.  Minum segelas air setengah jam sebelum makan boleh membantu mengelakkan anda untuk menambah nasi. Jadi jika anda ada hajat untuk berdiet, sila amalkan minum air kosong segelas setengah jam sebelum makan. 

 

#8 – Menjadikan Rambut Lebih Lebat, Sihat Dan Bersinar

Untuk pengetahuan, badan yang kekurangan air akan menjadikan rambut menjadi senang gugur, kering dan kasar. Dan salah satu cara untuk mengembalikan kesihatan rambut anda itu adalah dengan minum air putih secukupnya. Badan yang ada kandungan air yang cukup dapat membantu melembabkan rambut agar rambut anda itu semakin sihat, lebat dan bersinar setiap hari.

 

#9 – Mencegah Sakit Buah Pinggang

Minum air putih ini juga rupa-rupanya dapat mencegah sakit buah pinggang dan batu karang. Almaklumlah, antara punca utama penyakit ini adalah kurang minum air kosong yang menyebabkan urine air kencing anda tak dapat di proses dengan baik. Apabila perkara ini berlaku maka buah pinggang boleh menjadi rosak dan akibatnya batu karang juga boleh ikut muncul. Maka minumlah air kosong dengan banyak sebagai langkah pencegahan awal. 

 

#10 – Mencantikkan Dan Melembutkan Bibir

Bagi anda yang ada masalah bibir kering, anda wajib untuk minum banyak air putih kerana ia dapat membantu mengurangkan masalah bibir kering. Ia juga boleh melembut dan mencantikkan bibir anda untuk kembali sihat dan menawan. Barurlah senang nak pakai lipstik warna merah cantik-cantik nanti! 

 

Air Kosong Adalah Teman Bukannya Musuh

Di sini jelas dan nyata yang khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai faktor yang lain. Manfaat sebenar minum air kosong ini sudahpun terbongkar maka eloklah kalau kita sama-sama martabatkan tabiat meminum air kosong ini sebagai amalan. Kepentingan meminum air kosong dalam kehidupan seharian boleh di anggap sebagai team tapi tak dinafikan masih ada yang menganggapnya seperti musuh hinggakan nak dekat dengan air kosong untuk di minum segelas sehari pun rasa malas!

Jangan gitu kawan! Bahaya! Apapun janganlah sampai tahap obses pulak ye. Cara untuk mudah tahu sama ada tubuh terhidrasi dengan baik ataupun tidak dengan melihat warna urine (air kencing) kita sendiri. Sekiranya warna urine jernih maka itu bermakna tubuh badan telah terhidrasi dengan baik manakala jika warna urine agak kekuningan itu menunjukkan bahawa anda perlu minum lebih banyak air kosong supaya sistem badan anda dapat berfungsi dengan lebih baik. Jangan lupa untuk awasi juga tahap pengambilan air kosong ini untuk anak kesayangan.

 

khasiat air kosong
image via : Pakar Coway

Sesungguhnya Khasiat Air Kosong Diberikan Allah SWT Sebagai Satu Anugerah Untuk Kita Nikmati Dan Syukuri

 

Anda minum anda juga yang untung! Anda minum air kosong banyak anda juga yang makin sihat! Sesungguhnya air kosong ini adalah antara sebaik-baik benda yang telah Allah SWT wujudkan khusus untuk kegunaan kita di atas muka bumi ini. Malah di syurga kelak juga akan Allah SWT sediakan syurga dengan sungai-sungai yang pelbagai. Di sini jelas dan nyata yang air adalah salah satu sumber untuk kita terus hidup.

Demi kesihatan diri dan masa depan sendiri, jom kita sama-sama berusaha untuk mendisplinkan diri dalam meminum air kosong sebanyak 8 gelas sehari. Yang penting, pastikan air kosong anda ambil itu bersih dan terawat. Jika nak lebih mudah, minum dari ‘Coway’ seperti saya! Oh boleh jadi awet muda macam anak dara dan anak teruna trang tang tang. =D

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.