Kulit Kering: Punca dan Cara Merawat

Mengapa kulit masih kering walau dah cuba pelbagai produk?

0 248

Masalah kulit kering bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan manusia. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja pada semua peringkat umur tidak kira bayi atau dewasa. Kulit juga merupakan organ terbesar dalam badan seseorang manusia jadi amat penting untuk kita ketahui punca kulit bermasalah dan cara untuk mengembalikannya ke keadaan asal. 

Kenali 3 jenis kulit bermula dari normal, kering dan sangat kering.

Kulit Normal: Kulit yang seimbang, tidak terlalu berminyak atau terlalu kering. Kulit normal mempunyai keseimbangan pengeluaran sebum (minyak semulajadi) untuk melindungi permukaan kulit. Kulit Kering: Sel kulit tidak dapat menghasilkan sebum yang mencukupi. Kekurangan sebum ini mengakibatkan kulit terasa ketat, kusam atau kasar. Ia boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan anda. Kulit Sangat Kering: Kulit terasa kasar, ketat atau gatal. Dalam situasi lain, kulit juga mengelupas bahkan sangat rapuh sehingga berdarah jika tidak dirawat. Jumlah sebum yang dihasilkan adalah sangat sikit.

Apakah punca-punca kulit menjadi sangat kering? Pelbagai faktor boleh menyebabkan penurunan pengeluaran sebum antaranya faktor genetik, hormon, cuaca dan sebagainya. Mari kita lihat dengan lebih terperinci.

Punca-punca Kulit Menjadi Sangat Kering: 4 Faktor Utama Anda Perlu Tahu

1. Cuaca

Iklim yang sangat sejuk menyebabkan kelembapan kurang di udara sekaligus mengurangkan kelembapan semula jadi untuk kulit anda. Matahari juga berperanan besar. Jika kulit terlalu banyak terdedah pada sinar UV, ia akan menyebabkan lapisan atas kulit hilang kelembapan dan menjadikan kulit anda amat kering.

2. Genetik

Genetik untuk setiap individu berbeza. Sebagai contoh, kemungkinan untuk seorang kanak-kanak mengalami penyakit kulit adalah dua hingga tiga kali lebih tinggi jika ibubapanya menghadapi ia juga.

2. Penyakit

Penyakit seperti Ekzema dan Diabetes juga boleh mempengaruhi faktor kulit kering. Ekzema biasanya terjadi pada bayi/kanak kanak. Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Diabetes ialah penyakit jangka masa panjang yang disebabkan oleh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul.

4. Produk

Sesetengah sabun boleh menyebabkan kulit anda berasa gatal dan kering. Ianya akan terjadi jika terdapat bahan-bahan kimia dalam sabun itu yang membahayakan kulit anda.

4 Tips untuk Melegakan Kulit yang Kering dari Pakar Kulit

#1 – Gunakan krim pelembap kulit dan sunblock pada setiap hari – Krim pelembap akan menjadikan kulit anda lembut dan kekal lembap manakala sunblock pula akan menghalang muka anda dari terkena sinaran UV.

#2 – Lembapkan kulit anda setiap kali selepas mandi – Sapu losyen badan sebaik sahaja anda melangkah keluar bilik air untuk mengunci kelembapan kulit.

#3 – Gunakan penapis air yang baik – Penapis air berfungsi untuk memastikan kualiti air anda bersih dan terbaik. Apabila kualiti air yang anda minum semakin bersih, maka kualiti kesihatan kulit anda juga akan bertambah baik.

#4 – Ambil suplemen berkaitan – Minyak ikan tinggi asid lemak yang penting untuk membantu mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit. Tambahkannya ke dalam makanan kegemaran anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.