Manfaat Tidur Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Mengapa perlu tidur awal untuk kesihatan

0 3,973

Manfaat Tidur Awal Untuk Kesihatan ini ada banyak sebenarnya. Tapi sayang masih ramai orang yang tidak tahu apakah sebenarnya faedah di atas tempoh tidur yang lena yang cukup ke atas seseorang individu. Walaubagaimanapun, pertama sekali saya merasa agak kasihan pada mereka yang tidak boleh mendapat tidur yang cukup. Tidak dinafikan saya sendiri ada kalanya mengalami nasib yang sama dek kerana kesibukan dalam tugas sehari-hari hingga sukar untuk tidur awal. 

Tanggungjawab yang di pikul dalam mencari rezeki untuk anak isteri adakalanya membuatkan saya terlupa akan keberkesanan tidur lena yang cukup ini. Tetapi dalam masa yang sama, InshaAllah saya akan sentiasa berusaha demi untuk kesihatan diri sendiri.

Bayangkan Malaysia amat bertuah kerana ada persatuan untuk membantu orang ramai bagi menangani masalah tidur lewat teruskan klik disini

Menjaga Kesihatan Diri Adalah Penting Untuk Setiap Manusia

Kenapa saya bersungguh ingin menjaga kesihatan diri? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan demi untuk mendapatkan masa depan yang lebih cerah. Sebagaimana yang kita semua sudah maklum, bukankah mencegah itu jauh lebih baik dari merawat maka sudah tentulah saya juga ingin bertindak untuk mencapai matlamat yang sama.

Tambahan pula dengan menjaga kesihatan diri sendiri ini secara tidak langsung ianya akan dapat memberi saya peluang yang lebih tinggi untuk hidup dalam keadaan yang baik bersama famili. Dengan cara menjaga kesihatan begini tidaklah isteri dan anak-anak mendapat susah jika tiba-tiba mendapat sakit. Cara paling awal untuk saya praktik adalah dengan tidur awal ini.

manfaat tidur awal
image via : Earth Dot Com

7 Manfaat Tidur Awal Yang Masih Ramai Orang Tidak Tahu

 

#1 – Bila Tidur Awal Boleh Bangun Awal

Tidur awal dengan diikuti boleh bangun awal sebelum Subuh merupakan ritma semulajadi yang baik. Dengan cara begini barulah tak akan terlepas waktu untuk solat Subuh di awal pagi. Mungkin pada mulanya akan terasa susah tetapi jika terus diamalkan InshaAllah dengan sendirinya tubuh akan mula menjadi terbiasa dengan keadaan tersebut. 

#2 – Tidur Awal Boleh Jadi Makin Cantik

Tidur lewat ini boleh menggangu metabolisme untuk wanita. Kerana itu ramai wanita yang obses dengan kecantikan akan cuba tidur setiap hari sebelum jam menginjak ke angka 11 malam. Lagipula tabiat suka berjaga malam akan membuatkan kulit wajah menjadi kering, kusam dan tidak bermaya. Malah bahagian bawah mata juga akan menjadi lebam dan hitam seperti mata panda. Maka kan lebih baik tidur saja di awal waktu jika benar nak nampak lebih cantik. 

#3 – Tidur Awal Sering Dikaitkan Dengan Awet Muda

Tidak hanya boleh nampak lebih cantik dan berseri jika dapat tidur awal dengan jumlah lena yang cukup, bahkan ia juga di anggap boleh bertindak sebagai sebuah faktor untuk terus kekal muda. Maksudnya gaya hidup suka tidur awal ini dapat mengubah tubuh seseorang untuk menjadi semakin sihat, segar dan bebas dari tekanan. Secara tidak langsung semua itu akan turut membuatkan kulit tampak lebih anjal berbanding dengan usia sebenar. 

#4 – Tidur Awal Dapat Rehatkan Badan Secukupnya

Badan yang penat berkerja sehari-hari memerlukan jumlah rehat yang cukup. Sedangkan mesin yang berkerja non stop boleh punah dan berasap, inikan tubuh badan seseorang yang akan mudah berasa letih dan penat. Ada baiknya buat satu jadual untuk mengatur semua aktiviti untuk sepanjang hari dan jadual ini bukan untuk menambah lebih banyak jumlah kerja sebaliknya untuk memastikan masa rehat yang cukup sebagai tanda terima kasih pada diri sendiri yang telah lelah akibat berkerja keras sepanjang hari. 

#5 – Tidur Awal Boleh Memperbaiki Kualiti Otak

Wah siapa sangka tidur awal juga boleh membantu memperbaiki kualiti otak. Ini menunjukkan yang kaedah tidur awal ini dapat memudahkan kita untuk berfikir dengan lebih bijak dan dalam masa yang sama dapat juga membantu kita menyelesaikan segala masalah yang ada dengan fikiran yang lebih rasional.

#6 – Boleh Membantu Hindarkan Diri Dari Penyakit

Ada juga kajian yang telah menunjukkan bahawa tidur awal dengan jumlah lena yang cukup dapat membantu menghindarkan diri dari penyakit. Mereka yang sering tidur awal sebagai corak kehidupannya boleh terhindar dari penyakit yang merbahaya seperti kanser, jantung dan sebagainya. Hal ini dikatakan berpunca dari konsep tidur awal itu sendiri yang boleh memberikan kekebalan pada tubuh. 

#7 – Tubuh Juga Terasa Semakin Segar Berbanding Sebelumnya

Rasanya ramai yang perasan, apabila kita tidur lewat maka apabila bangun pada keesokan harinya, tubuh akan terasa sangat lesu, lelah dan mengantuk. Sebaliknya pula yang berlaku apabila tidur di awal waktu. Bangun pagi terasa lebih segar dan meyakinkan.

11 Tips Untuk Tidur Awal Waktu Di Malam Hari

Mempunyai masalah susah tidur malam memang sangat merimaskan. Boleh naik angin! Lagi-lagi jika badan dan penat sangat tetapi mata pula masih susah nak dipejam. Nak dijadikan cerita esok perlu bangun awal tapi hari ni badan masih sukar nak tidur lena, hmmm.. 

Tak mengapa jangan risau, jangan panik. Di sini saya turut senaraikan beberapa tips bagaimana untuk tidur awal di malam hari. Ikuti tips di bawah untuk mendapat tidur yang berkualiti.

Tips No.1 – Segera matikan lampu 

Cara tidur seseorang adalah berbeza. Ada yang hanya boleh tidur lena dalam suasana terang dan ada juga yang akan boleh terlelap jika semua lampu utama dipadam. Bagi yang suka tidur dalam suasana gelap begini, pastikan semua segera lampu di tutup saat hendak melelapkan mata.

Tips No.2 – Boleh gunakan lampu tidur 

Anda juga boleh beli lampu tidur dan pasang mengikut jumlah cahaya yang dikehendaki. Lampu tidur ini dapat membantu mewujudkan suasana yang lebih santai dan relaks untuk kita tidur dengan lebih lena. Anda juga boleh sembur bauan seperti lavender sebagai tambahan.

Tips No.3 – Terus matikan TV, radio, laptop dan handphone 

Jika anda seorang yang mudah terganggu semasa sedang tidur, untuk elak gangguan ketika hendak lelapkan mata ini, ada baiknya jika anda matikan TV, radio dan handphone. Setkan dalam minda bahawa masa untuk anda tidur adalah waktu untuk anda ‘hilangkan diri’ dari dunia komunikasi. 

Tips No.4 – Baca bahan bacaan yang ringan dan relaks 

Jika anda seorang yang mudah terlena saat membaca maka anda boleh gunakan kelebihan ini sebagai usaha untuk tidur. Namun pastikan anda membaca bahan bacaan yang ringan isi kandungannya seperti novel cinta dan sebagainya.

Tips No.5 – Elakkan makan malam yang berlebihan 

Sebelum waktu tidur sila elakkan dari ambil makan malam yang berlebihan. Makan sekadar yang perlu kerana makan dalam jumlah yang banyak ketika malam sudah lewat hanya akan memberi faktor negetif kepada tubuh seperti masalah obesiti dan sebagainya. 

Tips No.6 – Ambil supplement 

Mengambil supplement tambahan seperti vitamin sebelum tidur turut boleh menjadi salah satu kaedah bagi membolehkan diri anda terlena dengan lebih mudah. 

Tips No.7 – Minum air masak bersih secukupnya 

Ramai yang akan terjaga ketika baru saja terlena disebabkan oleh rasa dahaga. Maka untuk elakkan perkara ini berlaku anda boleh minum air masak bersih secukupnya sebelum tidur. Anda juga boleh letakkan air masak di sisi katil sebagai backup saat berasa dahaga di waktu tengah malam nanti. 

Tips No.8 – Cuba mandi sebelum tidur

Badan yang panas dan berpeluh boleh menyebabkan tubuh rasa tidak selesa. Maka ada baiknya jika anda mandi dulu sebelum tidur. Selepas itu anda boleh kenakan pakaian tidur yang sesuai dengan sedikit bauan untuk tubuh berasa lebih selesa dan relaks. 

Tips No.9 – Dengar zikir yang menenangkan

Zikir juga boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah untuk mudah tidur lena. Alunan zikir yang di baca sendiri mahupun yang di dengar dari handphone boleh membuatkan diri berasa lebih tenang dan asyik sehingga boleh terlelap dengan sendirinya. 

Tips No.10 – Jangan tidur dengan memandang ke arah jam

Jam adalah musuh utama ketika seseorang ingin tidur. Kalau nak tahu, melihat ke arah jam ini boleh menyebabkan timbulnya rasa stress. Maka elakkan tidur dengan menghadap ke arah jam sama sekali.

Tips No. 11 – Beli bantal dan tilam baru yang lebih empuk

Faktor untuk boleh tidur lena awal boleh juga berpunca dari keadaan tempat tidur itu sendiri. Jika kebetulan anda berasa sudah tidak selesa dengan tilam dan bantal yang sedang digunakan saat ini, maka ada baiknya anda tukar saja dengan membeli set tilam dan bantal yang baru. Banyak jenis tilam empuk ada di pasaran sekarang dan ada juga di antaranya yang boleh membantu memberikan rasa selesa dengan pelbagai faedah tambahan lain untuk tubuh badan anda. 

Antara Petua Bagaimana Untuk Disiplinkan Anak Untuk Ikut Tidur Awal Di Waktu Malam

Sekarang kita dah tahu apakah manfaat tidur awal. Tetapi sayangnya, memang agak susah nak disiplinkan anak-anak untuk tidur awal. Dari dulu dah cuba untuk ajar anak disiplin tidur awal tapi agak sukar untuk berjaya. Akibatnya ramai ibubapa merungut anak susah nak tidur awal waktu malam. Bukan hanya anda saja malah ibubapa lain turut sama mengalami masalah yang serupa. 

manfaat tidur awal
image via :  Pop Mama

Memang benar kanak-kanak perlu tidur yang cukup dan teratur untuk proses tumbesaran dan tak dinafikan juga yang proses untuk memujuk anak-anak supaya tidur awal ni memang benar-benar mencabar. 

Tak mengapalah, yang penting kita selaku ibubapa tidak boleh terus berputus asa. Dari kita mengeluh ada baiknya kita sama-sama terus berusaha dengan mencuba beberapa petua. Ini semua demi untuk dapatkan manfaat tidur awal untuk anak. 

Antara petua bagaimana untuk disiplinkan diri anak untuk tidur awal di waktu malam adalah : 

  • Setkan waktu tidur yang sama untuk anak sejak dari mereka masih kecil
  • Ajak anak bermain dan terus kekal aktif di waktu siang 
  • Elakkan anak dari tidur di waktu petang
  • Buat jadual aktiviti untuk anak lakukan sepanjang hari
  • Elakkan dari memberi sebarang gadget pada anak apabila tiba waktu tidur
  • Bacakan buku cerita atau kisah sirah pada anak sebagai bantuan untuknya cepat tidur
  • Wujudkan suasana bilik tidur yang tenang dan selesa

Allah Sengaja Jadikan Malam Yang Gelap Untuk Bantu Kita Berehat Dengan Tidur

Pernah tak anda terfikir, mengapa Allah SWT jadikan malam yang lebih gelap berbanding siang? Allah SWT mengajar kita untuk terus memperhatikan kejadian alam dan hasil daripadanya saya merasa sangat bersyukur yang teramat sangat. Mengapa saya rasakan begini? 

Ini kerana ciptaan malam yang diwujudkan oleh Tuhan bagi saya adalah sebuah tanda cinta dan kasih daripada Nya sebagai hadiah untuk semua makhluk di atas muka bumi ini nikmati. Allah SWT sengaja mewujudkan siang dan malam untuk kita berusaha di kala siang dan untuk kita berehat di kala malam. Allah SWT juga sengaja mewujudkan ‘fasa tidur’ untuk kita semua berehat bagi mengembalikan kesegaran tubuh.

Sesungguhnya Allah SWT sangat bijak dalam mengatur segalanya. Hanya kita saja yang kadangkala terlupa dan tersasar dari segala perkara yang telah Allah SWT wujudkan untuk kita hinggakan diri sendiri jadi rugi dari dapat manfaat tidur awal ini juga. Semoga kita akan sama-sama faham tentang hidup ini dan tidak terlalu mengejar harta duniawi semata sehingga terlupa untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Ameen.

Baca Juga : 8 Tips Untuk Cantik Luar Dalam Supaya Suami Kekal Sayang

Leave A Reply

Your email address will not be published.