Mengira Keperluan Simpanan Makanan

Berjimat cermatlah ketika PKP berlangsung

0 226

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa selama 2 minggu bermula pada 18 Mac 2020. Apa yang telah kebanyakan rakyat Malaysia lakukan setelah mendengar pengumuman ini? 

Pembelian panik pun bermula. Barisan panjang di supermarket dan pasar-pasar besar. Troli dipenuhi dengan barang makanan demi untuk menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Perintah Kawalan Pergerakan selama 2 minggu tetapi barang-barang yang dibeli umpama akan dikurung selama berbulan-bulan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah mulakan proses di atas kertas. Buat perancangan teliti berdasarkan kemampuan belanjawan. Elakkan membeli tanpa tujuan dan matlamat.

Sentiasa mengira keperluan makanan pada tahap maksima. Sebagai contoh, pengiraan hendaklah berasaskan kepada makan tiga (3) kali sehari setiap orang. Bagi isi rumah seramai enam (6) orang yang terdiri daripada dua dewasa dan empat kanak-kanak, makanan yang harus disediakan ialah sebanyak lapan belas (18) orang dewasa sehari yang merangkumi empat kumpulan asas makanan; karbohidrat, protein, serat dan lemak.

Menyukat makanan pada skala kecil juga akan membuatkan anda ‘pinjam’ stok hari esok. Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang ketika PKP. Rata-rata yang memasak di rumah umpama membuat kenduri. Akhirnya stok yang sepatutnya tahan sebulan akan habis digunakan beberapa hari lebih awal.

Selain itu, jika anda mengira pada kadar maksima, anda boleh membesarkan margin apabila mengamalkan puasa atau menghadkan makan kepada dua kali sehari. 

Dengan menyimpan stok makanan mencukupi dan lengkap makronutrien, anda mampu untuk mengolah masakan tertentu dan memanjangkan tempoh penggunaan.

Biar lebih, jangan kurang. Lebih baik ada dan tak perlukan, berbanding memerlukan tapi tak ada.

Rancanglah sebaiknya mengikut jumlah ahli keluarga di rumah. Had simpanan dan teknik penyimpanan perlulah bersesuaian dengan rumah anda. Tonton video di atas untuk rujukan cara menyimpan makanan supaya tahan lebih lama.

Selamat merancang dengan bijak dan stay safe everyone!

Leave A Reply

Your email address will not be published.