Woongjin Coway (Malaysia) Sdn. Bhd telah berjayanya menganjurkan sebuah program orientasi rookie pada 25-27 November 2019 yang bertempat di Coway Sales Office yang terletak di Bangi, Kuantan, Penang, Klang dan WSO Melaka. Orientasi yang diadakan bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang.
Puan Elisia Shahnaz iaitu jurulatih jualan kanan merupakan speaker bagi program yang dianjurkan di Bangi dan Penang. Manakala Encik Muhd Zulfadhli di Kuantan, Encik Muhammad Ansary di Klang dan Encik Eddy Zulfadly di Melaka.
Perkara yang dibincangkan sewaktu program dijalankan adalah mengenai strategi permasaran & skim pemasaran Coway. Sedikit sebanyak tentang profil syarikat Coway; bagaimana Coway mampu mengubah hidup seseorang turut diceritakan. Selain itu, penetapan matlamat; visi menjadi tindakan telah dikupas oleh speaker sebelum diakhiri dengan cara untuk mendapatkan 10 pelanggan pertama menggunakan kaedah ‘fearless calls’.




