Penapis Udara (Air Purifier) Coway Lombok

Tercari-cari penapis udara yang bagus?

2 7,732

Masuk sahaja musim jerebu, persoalan berkenaan penapis udara muncul semula. Ada yang bertanya, “Penapis udara Coway model Lombok ada stok lagi tak?”

“Air purifier apa yang bagus?”

“Masuk rumah pun bau terbakar, kena pakai penapis udara ke?”

Sekarang ini sudah jadi macam satu kewajiban setiap rumah mesti ada penapis udara (air purifier).

Malah jika tidak jerebu pun, kualiti udara di kawasan bandar atau industri adalah rendah.

Pernah tak kita masuk pintu rumah dan kemudian rasa tidak selesa? Ada rasa macam sesuatu tidak kena.

Tiba-tiba rasa lesu atau tidak bermaya.

Sebenarnya kualiti udara memainkan peranan penting dalam rumah supaya kita dapat menikmati kehidupan yang produktif dan sihat.

Sebab itu kita perlukan udara yang bersih dan segar, bebas dari habuk.

Penapis udara Coway terbaik untuk rumah

Ada banyak pilihan penapis udara dalam pasaran.

Bila memilih penapis udara, pastikan ciri-ciri tersebut:

  1. Jenis filter yang dipakai (pilih yang ada HEPA filter)
  2. Jimat tenaga elektrik (nak on 24 jam, mestilah pilih yang kurang makan letrik)
  3. Boleh neutralkan bau kurang enak
  4. Selamat untuk anak kecil atau haiwan peliharaan
  5. Servis & tukar filter dengan kerap

Saya terangkan lebih lanjut di bawah mengapa perlu pilih penapis udara coway Lombok.

Penapis Udara yang menggunakan HEPA filter

Apabila membeli penapis udara, pastikan ada HEPA filter. 

HEPA filter berfungsi bagi memerangkap benda-benda kotor dalam udara. Kerana itu ada yang mengatakan bila ada HEPA filter ia boleh bantu melegakan alahan. 

Ia juga dapat menapis zarah-zarah berbahaya seperti debunga, anjing peliharaan, debu, dan asap rokok.

Jika sebelum ini setiap hari kena vacuum habuk di rumah, selepas ini mungkin 3 hari sekali atau seminggu sekali baru vacuum.

Jadi kenapa perlu guna air purifier Lombok?

Penapis Udara Lombok menggunakan ada 6 peringkat filter:

  1. Pre filter
  2. Legionella Filter
  3. HEPA filter
  4. RBD Plasma filter
  5. Antibacterial Catalysis filter
  6. AC deodorisation filter

Nanti saya cerita lebih lanjut apa pula kepentingan ada RBD plasma filter.

Air Purifier Lombok ada ionizer system

Jika anda rajin memasak atau ada perokok, pastinya kita mahukan udara segar apabila hedak bersantai dalam rumah.

Itulah bagusnya air purifier Lombok yang ada sistem ionizer.

Fungsi ionizer system ini adalah untuk mengaktifkan negative ion dalam ruang udara rumah kita. Bila ion negatif diaktifkan, kita akan rasa lebih rileks dan nyaman. Rasa lebih segar.

Kenapa rasa lebih segar?

Ionizer yang dikeluarkan dari penapis udara lombok akan berterbangan dan memerangkap bakteria busuk dan habuk halus di ruang udara rumah.

Maka ruang udara rumah kita berbau lebih segar dengan fungsi ionizer system ini.

RBD plasma filter dalam air purifier Lombok

RBD (Resistive Barrier Discharge) plasma filter ini fungsinya untuk membunuh kuman dan bakteria serta virus dengan berkesan.

Ini bagus bagi yang kerap ada anak selsema, terutama bila yang sensitif tidur direct kipas atau aircond sahaja bersin terus esok pagi.

Pollution indicator menentukan kualiti udara

Satu lagi fungsi menarik dalam penapis udara Lombok ini adalah ada indikasi pencemaran udara.

Kita boleh tahu tahap kualiti ruang udara dalam rumah dengan mudah. Model Lombok ini guna indikator berdasarkan warna sahaja:

  1. Biru – Bersih
  2. Purple – kurang bersih
  3. Pink – tidak bersih
  4. Merah – Sangat tidak bersih

Berdasarkan indikator ini, dengan mudah kita dapat tahu kualiti udara dalam rumah tanpa perlu check bacaan IPU di website Jabatan Alam Sekitar.

Bagaimana Penapis Udara ini jimatkan elektrik

Air purifier Lombok ini dilengkapi dengan Eco mode. Kalau eco mode pada kereta Myvi baru, fungsinya untuk jimatkan minyak, pada penapis udara ini pula fungsinya untuk jimat elektrik.

Bagaimana ia berfungsi?

10 minit bekerja menapis udara dan 30 minit berehat.

Dan itulah pengulangannya.

2 Comments
  1. Fazly says

    Boleh kah penapis udara lombok 2 ni di gunakan dalam rumah yang tak ada aircond.

    1. Tengku Irwan says

      Boleh.
      Takde masalah tuan.

      Untuk penerangan lebih lanjut boleh send Whatsapp ke +60 18-770 0104 .

Leave A Reply

Your email address will not be published.