Penapis Udara Di Rumah: Ikhtiar Cegah Jangkitan Wabak

Ambil langkah ini jika ahli rumah anda dijangkiti COVID-19

0 397

Tahukah anda bahawa pengaliran udara yang tidak baik juga turut menyumbang kepada peningkatan risiko penyebaran virus? Selain memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial, apakah peranan sesebuah penapis udara dalam hal ini? Adakah ia terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko jangkitan virus?

Penapis udara direka untuk meningkatkan kualiti udara dalam rumah. Pada mulanya, ia akan membuang zarah-zarah kecil – seperti habuk, debunga dan bulu binatang peliharaan. Selain itu, mereka juga direka untuk membunuh bakteria, virus, atau kulat yang berterbangan di kawasan sekitar rumah. Ini semua adalah faktor semulajadi di sekeliling kita yang tidak dapat dielakkan. Jenis penapis udara yang paling banyak digunakan sekarang ialah penapis jenis HEPA.

Apa itu penapis udara jenis HEPA?

HEPA bermaksud “high-efficiency particulate arresting”. Penapis ini sangat bagus untuk memerangkap apa-apa sahaja dari udara dan menahannya dari berterbangan semula ke udara. Serat dalam penapis HEPA direka khas untuk memerangkap zarah dengan diameter 0,01 mikron – sebahagian kecil dari lebar rambut manusia. Pendedahan cahaya UV di sesebuah penapis udara juga direka untuk membunuh virus, bakteria atau yang berterbangan di sekitarnya.

Adakah pembersih udara ini berkesan melawan COVID-19?

Virus Corona berada di hujung bawah julat penapis HEPA, jadi ia tidak menjamin 100% keberkesanan dengan hanya satu pusingan. Tetapi jika sistem HEPA dijalankan dalam jangka waktu tertentu, ia dapat menangkap sejumlah besar virus. Fungsi pendedahan cahaya UV yang terdapat dalam sesebuah penapis udara juga dapat mematikan beberapa virus, termasuk COVID-19.

Adakah anda perlu memasang penapis udara di rumah?

Rumah anda sendiri adalah tempat paling selamat semasa wabak COVID-19. Jadi, kebanyakan orang mungkin tidak memerlukan penapis udara. Perkara ini berlaku terutamanya jika anda hanya berinteraksi dengan ahli keluarga anda sahaja, memakai topeng setiap kali anda keluar, dan mengamalkan penjarakan sosial yang baik

Tetapi jika seseorang di rumah anda mempunyai COVID-19 atau perlu dikuarantin (kontak rapat), ia adalah disarankan untuk untuk menggunakan alat penapis udara dan diletakkan dalam bilik mereka dengan pintu tertutup. Ini adalah penting untuk melindungi ahli keluarga yang lain dari risiko jangkitan.

Perlu dipertimbangkan juga jika seseorang di rumah anda merupakan golongan berisiko tinggi – sama ada mereka lebih senang dijangkiti COVID-19 atau cenderung untuk mengalami komplikasi daripadanya.

Lindungi diri anda dengan Coway Lombok III: Sistem perlindungan RBD Plasma dan Ioniser 

Siapakah golongan berisiko tinggi?

  1. Kanak-kanak
  2. Warga emas berusia 65 tahun keatas
  3. Pesakit dengan penyakit kronik
  4. Pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah
  5. Wanita hamil

Apa yang harus anda nilaikan semasa membeli penapis udara?

Fikirkan saiz keluasan rumah anda. Penapis udara terbukti paling berkesan di bilik yang lebih kecil dengan semua pintu ditutup.. Anda juga mungkin perlu mengambil kira ketinggian syiling sekiranya ia berukuran 10-12 kaki. Jika anda mempunyai kawasan seluas 600 kaki persegi dan penapis udara itu hanya meliputi 300 kaki persegi sahaja, anda disarankan untuk memasang dua di rumah anda.

Apakah perkara lain yang dapat dilakukan untuk meningkatkan kualiti udara di rumah?

  1. Buka tingkap / hidupkan kipas siling untuk melancarkan pengaliran udara.
  2. “Set”kan kipas anda agar ia terus berjalan.
  3. Tukar kepada penapis udara berkualiti tinggi yang lebih baik untuk keluarga.
  4. Tukarkan penapis dengan lebih kerap.

Penapis udara hanya dapat memberi anda lapisan perlindungan tambahan, tetapi tiada gunanya jika anda tidak patuh SOP seperti memakai pelitup muka dan menjaga  penjarakan sosial. Semua itu memainkan peranan yang lebih penting dalam menjaga keselamatan anda melawan wabak COVID-19. Marilah kita bersama putuskan rantaian ini!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.