Penting Menjaga Kualiti Tidur

Apa kaitan menjaga kualiti tidur dengan kesihatan anda?

0 208

Penjagaan kualiti tidur anda adalah sangat penting untuk kesihatan anda. Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti tidur? Tidur berkualiti bermaksud anda hanya mengambil masa kurang dari 30 minit untuk tidur. Kemudian, anda tidur nyenyak sepanjang malam dengan maksimum satu kali sahaja terbangun pada tengah malam. Anda dapat tidur kembali dalam waktu 20 minit selepas terjaga. Itulah maksud kualiti tidur yang baik.

Ini adalah beberapa petua untuk meningkatkan kualiti tidur anda yang telah disyorkan oleh pakar perubatan!

#1 – Kurangkan main gadget: Apabila anda menggunakan telefon pintar anda sebelum tidur, anda telah mendedahkan mata anda pada sinaran biru. Sinaran biru itu membuatkan anda lebih aktif, menghilangkan rasa mengantuk sekaligus menjejaskan kualiti tidur anda.

#2- Elakkan tidur siang: Tidak semua orang perlu tidur pada waktu siang. Kajian menunjukkan bahawa tidur siang boleh mengganggu prestasi bekerja anda dan juga meningkatkan rasa mengantuk pada siang hari. Tidur waktu siang bukanlah strategi terbaik untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik pada waktu malam.

#3- Kurangkan minum kafein: Kafein yang terdapat dalam kopi adalah sangat merangsangkan badan dan minda. Kafein mungkin suatu idea yang baik untuk diminum pada waktu pagi tetapi ia tidak begitu membantu jika anda mengalami kesusahan untuk tidur.

#4- Tetapkan jadual tidur: Kajian menunjukkan bahawa waktu tidur yang tidak teratur dapat memberi kesan buruk pada kualiti rehat anda. Sebaiknya, cubalah tetapkan waktu tidur dan waktu bangun yang sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu.

#5- Tidur bila perlu sahaja: Sekiranya anda telah berusaha untuk tidur selama 20 minit tetapi tidak berjaya, bangun dan keluar dari bilik anda. Pergi ke bilik lain untuk membaca buku atau mendengar lagu sehinggalah anda merasa cukup letih untuk tidur semula. 

#6- Ubah rutin senaman: Senaman boleh menjadi salah satu cara yang sangat berkesan untuk meningkatkan kualiti tidur. Malangnya sesetengah individu mendapati bahawa bersenam pada lewat malam memberi kesan yang berlawanan, malah ia lagi meningkatkan tenaga mereka dan menghilangkan rasa mengantuk. Jadi cubalah untuk bersenam pada waktu pagi.

Selamat maju jaya kepada anda yang cuba untuk mendapatkan tidur yang berkualiti! Jangan mudah putus asa dan teruskan usaha anda!

Leave A Reply

Your email address will not be published.