Jumaat lepas kita sudah pun tahu bahawa kita akan sambung PKP sehingga 28 April 2020. Ketika inilah kita semakin perlu memahami maksud pepatah “Rumahku, syurgaku” dengan lebih mendalam.
Ramai yang tidak sedar bahawa kualiti udara di dalam rumah adalah lebih tercemar berbanding udara di luar. Memetik laporan United States Environmental Protection Agency (EPA), kualiti udara di dalam rumah berisiko lebih terdedah kepada pencemaran. Antara faktor-faktor yang mengakibatkan udara dalam rumah kotor?
- Asap pembakaran di sekeliling
- Suasana dalam rumah terkepung
- Tingkap selalu tertutup
- Kawasan blok rumah padat dan rapat
- Penghawa dingin tak diselenggara dengan baik
- Permainan lama
- Bulu atau najis haiwan peliharaan
- Lilin atau pewangi bilik
- Gas dan asap memasak
- Produk pembersih dan racun serangga
Adakah kita perlu memakai topeng muka di dalam rumah juga?

Udara kotor di rumah masih boleh diatasi dan dikurangkan dengan beberapa langkah. Antaranya ialah dengan:
- Berhenti merokok atau menguatkuasakan rumah bebas asap rokok
- Jangan pilih dekorasi rumah yang terlampau sarat
- Cuba elak daripada meggunakan karpet yang berbulu tebal, ia mampu memerangkap lebih banyak habuk
- Jika anda ada banyak kawasan atau karpet yang banyak habuk, pastikan anda sentiasa membersihkannya
- Penggunaan lampu garam/kristal
- Pastikan cadar dan baju anda sekeluarga bersih
- Guna produk pembersih yang mesra alam
- Buka tingkap dengan luas jika anda memasak (walaupun jika anda ada penyedut asap)
- Jangan lupa selenggara penghawa dingin
- Pilih tanaman yang bersesuaian untuk diletakkan dalam rumah
- Guna pembersih udara
Demi kesihatan anda sekeluarga yang kini sentiasa perlu ada di rumah, anda perlu dapatkan LOMBOK 2 dengan kadar segera!

