Bayi Kembung Perut: Petua Untuk Ibu Baru Bersalin

Mengapa anak sering kembung perut pada setiap malam?

0 176

Ragam si kecil yang tidak berhenti menangis seringkali merisaukan kedua ibu-bapanya apatahlagi mereka yang belum pernah berpengalaman membesarkan seorang anak. 

Sejujurnya, ada sebab mengapa ibu-bapa dimartabatkan di tempat yang paling tinggi dalam hidup seseorang anak. Mana tidaknya, pengorbanan mereka sangatlah besar, malam tanpa tidur yang tidak terkira banyaknya memikirkan anak mereka yang tiba-tiba menangis tanpa sebab pada pukul 3 pagi.

Antara salah satu punca bayi kuat menangis adalah kerana masalah kembung perut. Masalah ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan bayi yang baru lahir malah ia merupakan salah satu fenomena yang sangat biasa untuk mereka. 

Ini berlaku disebabkan oleh sistem pencernaan bayi yang belum matang menandakan bayi sedang menyesuaikan diri untuk membesar.

Walaupun kembung perut ini perkara biasa, apa yang akan berlaku jika anak anda kelihatan tidak selesa dan menahan sakit? Mujur ada 4 petua ini yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan masalah perut si kecil.

Cara Mengelakkan dan Mengurangkan Kembung Perut Bayi: 4 Petua Mudah

1 – Kawal pemakanan anda

Selalunya, apa yang dimakan oleh ibu mempengaruhi kesihatan bayi dan boleh menghasilkan angin dalam perut mereka jika tersalah makan. Lebih-lebih lagi jika bayi mempunyai alahan yang seterusnya boleh menyebabkan bayi cirit-birit.

2 – Rehatkan botol susu

Setelah membancuh susu bayi pastikan anda membiarkan botol itu berehat selama satu atau dua minit sebelum menyusu bayi anda. Semakin kuat botol susu digoncang, semakin banyak buih terhasil dan kemudiannya mengakibatkan kembung perut. Gunakan air suam yang tidak terlalu panas berbanding dengan air suhu bilik. Ini membantu formula larut dengan lebih mudah.

3 – Gunakan botol yang direka khas

Sesetengah botol susu direka khas untuk mengurangkan jumlah buih yang diminum semasa menyusu. Pastikan kepala bayi ditinggikan pada sudut 45 darjah dan letakkan botol ke arah bawah mulut mereka dengan puting botol yang penuh dengan susu, bukannya buih.

4 – Sendawakan selepas menyusu

Sebaiknya cuba menegakkan badan bayi anda selama 20 hingga 30 minit selepas menyusu. Tepuk-tepuk badan bayi dengan lembut, bermula dari kawasan punggung dan beransur naik ke atas.

Anda mungkin berminat dengan 9 Cara Redakan Demam Anak Saat Kecemasan

Selamat maju jaya kepada ibu bapa yang sudi membaca penulisan ini. Semoga anda memperoleh manfaat daripada tips ini. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.