Tips Bersihkan Bilik Air

Cara mudah untuk bersihkan bilik air seperti seorang profesional.

0 326

Bilik air merupakan bilik kedua terpenting dalam hidup seseorang selepas bilik tidur. Penting untuk kita bersihkan bilik air kerana di sinilah tempat kita membuang air kecil dan air besar, dan juga tempat untuk kita membersihkan badan. Oleh disebabkan aktiviti-aktiviti itu, tidak hairanlah apabila bilik air di rumah cepat sangat kotor dan berlumut lebih-lebih lagi apabila anda kerap menggunakannya. 

Tahukah anda berapa kali anda perlu mencuci bilik air anda? Kajian sains menunjukkan kawasan mangkuk tandas dan singki mengandungi kandungan bakteria yang paling tinggi dalam rumah anda, jadi anda harus mencucinya sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ini adalah langkah yang penting untuk membasmi kuman dan memastikan kesihatan ahli keluarga anda terjaga dengan baik.

Cara untuk membersihkan bilir air: 5 Langkah Mudah

  • Cuci kepala pancuran hujan – Tuangkan sejumlah besar cuka putih ke dalam beg plastik biasa. Ikat beg plastik itu di kepala pancuran hujan anda dan biarkan semalaman. Buang plastik itu pada keesokan paginya dan buka paip air untuk membilas sisa cuka.
  • Cuci dinding dan lantai – Semburkan pembersih serba guna pada dinding dan lantai bilik air anda. Seterusnya, buka pancuran air panas sehingga wap terbentuk (kira-kira lima minit). Tutup pancuran air dan pintu bilik air untuk biarkan wap dan pembersih bercampur selama 20 minit. Akhir sekali lap semua permukaan dengan kain bersih. 
  • Cuci mangkuk tandas – Tuangkan secawan serbuk penaik ke dalam mangkuk tandas. Biarkan selama beberapa minit; kemudian sental dengan berus jamban, siram dan pam. Sangat mudah kan?
  • Cuci singki – Tuangkan cuka putih atau serbuk penaik ke dalam lubang singki dan siram dengan air panas. Untuk cuci paip, kajian sains menasihati anda untuk menggunakan tisu pembasmi kuman pakai buang agar dapat mengurangkan jumlah bakteria. Penggunaan kain mungkin hanya memindahkan kuman dari satu tempat ke tempat lain.
  • Cuci alatan pembersih – Anda harus membersihkan berus jamban anda selepas setiap penggunaan. Tuangkan peluntur atau clorox ke atas bulu-bulu di berus. Biarkan selama beberapa minit dan kemudian siram dengan air bersih.
Leave A Reply

Your email address will not be published.