Tutup Lampu Masa Tidur (Lena Dalam Gelap Itu Sunnah)
Tahukah Anda ada sunnah dari Rasulullah (SAW ), Baginda pernah berpesan supaya matikan lampu ketika tidur pada waktu malam. Sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh Baginda, kita elok amalkan dan ini dipanggil sebagai sunnah. Jika buat boleh dapat pahala. Tapi persoalannya sekarang, kenapa perlu tutup lampu masa tidur?
Menurut sumber yang menceritakan tentang sirah Rasulullah SAW, dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah telah bersabda:
“Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW sendiri sampai berpesan, tutup lampu masa tidur itu memang sangat penting, kalau tak kenapa Allah SWT ciptakan waktu siang dan malam. Waktu siang cerah untuk bekerja dan waktu malam gelap untuk tidur. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui fungsi tubuh badan hamba-hambaNya yang perlukan rehat cukup pada waktu malam. Malah kebaikan amalan sunnah dengan tutup lampu waktu tidur malam ini turut disokong oleh kajian sains!
Kelebihan #1 – Memperbaiki Sel Tubuh Yang Rosak
Tahukah anda jika tutup lampu masa tidur akan membantu memperbaiki sel-sel yang rosak akibat aktiviti yang kita lakukan pada waktu siang hari, sel-sel yang rosak akan diganti dengan sel baru ketika waktu kita tidur, menurut kajian badan manusia memerlukan suasana yang gelap untuk perbaiki sel yang rosak, jadi perlunya tutup lampu atau padamkan lampu ketika tidur.
Kelebihan #2 – Boleh Mencegah Penyakit Kanser
Seorang pakar biologi, Joan Robert mengesahkan yang badan manusia akan mengeluarkan hormon melatonin ketika tidur dengan lampu tertutup, hormon ini sangat penting untuk melawan dan mencegah pelbagai jenis penyakit termasuk kanser,
Jika ada cahaya ada lampu yang malap pun hormon melatonin tidak akan terhasil, dan boleh sangat membahayakan kesihatan.
Kelebihan #3 – Meningkatkan lagi Hormon Melatonin
Professor Russle Reiter dari Texas University, pula mengatakan tidur dengan lampu yang terbukak hanya satu minit pun otak akan dapat signal yang salah bahawa lampu tidak ditutup sepanjang malam dan hormon melatonin akan berkurangan.
Hormon melatonin dihasilkan oleh kelenjar pineal di dalam otak dan pembentukannya hormon ini akan dipengaruhi oleh suasana gelap. Hormon akan keluar paling tinggi tinggi diantara pukul 2 – 4 pagi dan yang paling rendah pada waktu petang.
Kelebihan #4 – Merehatkan Otot Badan
Selain itu , hormon melatonin yang dihasilkan jika tutup lampu masa tidur, Boleh merehatkan otot, meningkatkan antibody serta menaikkan mood dan hilangkan stress dan ketegangan. Sebab tuh sesorang boleh jadi bad mood seharian akibat tidak cukup tidur,
Malah badan kita jadi lemah dan tak bermaya, kalau tak percaya tengok ibu-ibu yang baru melahirkan anak kadang-kadang dah macam zombie bila x cukup tidur. Tak ada gunanya tidur dalam keadaan terang, walaupun anda tidur tapi badan tak dapat rehat dengan betul dan sel-sel rosak pun makin bertambah setiap hari
Kelebihan #5 – Bahaya Barangan Elektronik
Satu lagi sebab kenapa manusia cepat jatuh sakit, sebabnya terlalu terdedah pada teknologi. Kebanyakan peralatan elektronik seperti tablet smartphone dan komputer menggunakan light-emitting-diode (LED) jcahaya yang boleh menhalang melatonin. Jadi pengunaan telefon sebelum tidur pun boleh menjejaskan melatonin dalam badan.
Dikatakan Tidur Dengan Lampu Bernyala Boleh Jadi Gemuk?
Bahaya tidur buka lampu ini ada banyak. Tidur dengan lampu terbuka tidak hanya akan menjejaskan kualiti tidur, malah ia juga boleh memberi impak yang lain.
Tidak tutup lampu masa tidur juga boleh menyebabkan kegemukkan, tahukan anda tidur dengan lampu pada waktu malam juga boleh menaikkan berat badan, kerana diet harian dan jaual waktu makan anda akan berubah, tikus dalam makmal dengan lampu LAN pun menjadi gemuk walaupun hari-hari bersenam.
Rasulullah Berpesan Supaya Matikan Lampu Ketika Tidur Adalah Bersebab
Ada dikalangan kanak-kanak yang tidak tidur malam dengan lampu tertutup kerana takut. Hakikatnya tabiat ini perlu dikikis kerana tidur dengan pasang lampu ada risikonya. Selepan ini mak ayah perlu ambil tindakan dan jangan diikutkan sangat kehendak anak untuk tidur dengan lampu yang terang bernyala ini. Jangan lupa tutup lampu malam ni demi kebaikan, okay!